Artikel Pilihan
You are here: Home / REMAJA / MENGAPA WANITA SUKAR MELUPAKAN CINTA?
MENGAPA WANITA SUKAR MELUPAKAN CINTA?

MENGAPA WANITA SUKAR MELUPAKAN CINTA?

Beruntunglah bagi mana-mana lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati seorang wanita. Ini kerana wanita selalunya akan mencintai lelaki itu dengan sepenuh hati. Jiwa wanita begitu halus sehingga boleh menutup mata akan kelemahan yang ada pada lelaki tersebut.

Apabila cinta sudah bertakhta di hati, maka cinta itulah yang akan selamanya berada di jiwa. Cinta bagi wanita sebegini melengkapi hidupnya. Dia tidak perlukan cinta yang lain lagi untuk meneruskan hidupnya hingga akhir hayat.

Cinta adalah satu perasaan yang hanya dapat dinikmati dengan hati. Justeru mengapa wanita sukar melupakan cinta?

1)Walau berkali-kali disakiti oleh lelaki dalam hidupnya, wanita tidak mudah untuk berpisah. Kenangan bersama lelaki itu tetap bersemadi di hati. Dia tetap mahu meneruskan hidupnya dengan lelaki tersebut. Kenangan tetap segar selamanya.

2)Kesetiaan wanita tiada tolok bandingnya. Semua kelemahan lelaki yang dicintai terhapus asalkan lelaki itu juga mencintai dirinya. Justeru, bagaimana wanita mudah untuk melupakan?

3)Semakin sakit hati wanita, maka semakin kuatlah sayangnya pada lelaki itu. Memang lumrah wanita cintanya bermula daripada kesakitan.

4)Cinta seorang wanita terlahir daripada air matanya. Dalam gembira, air matanya menitis. Dalam berduka juga air matanya mengalir. Dekatnya emosi seorang itu dengan hatinya. Justeru, tidak mungkin dia mudah melupakan cinta yang pernah hadir dalam hidupnya.

 

(904)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com