Artikel Pilihan
You are here: Home / REMAJA / SEANDAINYA CINTA DITOLAK, LAKUKAN 6 PERKARA INI.
SEANDAINYA CINTA DITOLAK, LAKUKAN 6 PERKARA INI.

SEANDAINYA CINTA DITOLAK, LAKUKAN 6 PERKARA INI.

Kekecewaan dalam dunia percintaan adalah lumrah. Ini kerana cinta tidak pernah menetapkan bahawa seseorang itu akan bahagia apabila bercinta. Cinta ibarat perjudian. Ada kala menang, ada kala kalah.

Carilah kekuatan dalam diri anda untuk mengubati kekecewaan. Cinta ialah satu perasaan yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada setiap hamba-NYA. Perasaan ini mendorong seseorang untuk hidup dalam kebahagiaan. Namun ujian-NYA tetap ada.

1)Putus cinta sebenarnya membuka ruang untuk anda menerima cinta yang lebih baik pada masa akan datang. Mungkin si dia yang melukakan hati anda pada hari ini, bukanlah orang yang sesuai dengan jiwa anda.

2)Terimalah keadaan yang melanda diri anda dengan positif. ALLAH ingin menguji hamba-Nya. Ketabahan dan keredaan anda menunjukkan anda seorang individu yang kuat.

3)Usah malu dengan orang sekeliling jika anda putus cinta. Bukannya sesuatu yang berdosa pun.

4)Anggap sahaja bahawa jodoh anda akan tiba pada masa yang tepat. Cepat atau lambat itu adalah urusan-NYA. Berdoa supaya jodoh yang sampai nanti jodoh yang baik.

5)Periksa diri anda. Tentu ada sebab yang menjadi punca cinta anda ditolak. Jadikan alasan tersebut sebagai kekuatan untuk anda berubah.

6)Jangan berdendam. Ini kerana ada individu yang kecewa dalam cinta menjadi pendendam. Justeru anda disaran supaya lebih mendekatkan diri kepada ALLAH supaya anda lebih tenang.

(1187)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com