Artikel Pilihan
You are here: Home / SUAMI ISTERI / 5 CARA BERCINTA SAMPAI SYURGA
5 CARA BERCINTA SAMPAI SYURGA

5 CARA BERCINTA SAMPAI SYURGA

Setiap pasangan suami isteri pastinya mempunyai impian untuk kekal bersama sampai ke syurga. Justeru setiap pasangan perlu sama-sama memahami peranan masing-masing supaya dapat menuju ke syurga ALLAH.

1)KUATKAN IMAN
Anda dan pasangan perlu menguatkan iman masing-masing. Dirikan ibadat yang wajib bersama-sama jika berkelapangan. Solat berjemaah dengan pasangan boleh meningkatkan ketaqwaan.

2)RAJIN MELAKUKAN IBADAT SUNAT
Ibadat sunat elok dilakukan seperti solat dhuha dan solat tahajud. Hal ini dapat mendorong anda menjadi manusia yang lebih baik.

3)MENUTUP AURAT SECARA SEMPURNA
Isteri yang tidak menutup auratnya dengan sempurna boleh menyebabkan suami mendapat gelaran lelaki dayus. Ini kerana suami dikatakan membiarkan isteri melakukan dosa. Justeru untuk memastikan cinta anda berdua kekal sampai ke syurga, tutuplah aurat dengan sempurna.

4)RAJIN BUAT AMAL JARIAH
Amal jariah termasuklah bersedekah dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Hal ini bermanfaat apabila anda mendapat anak yang soleh yang bakal mendoakan anda suatu hari nanti.

5)SAMBIL BERAT SOAL TANGGUNGJAWAB
Perkara paling utama untuk mendorong anda ke syurga ialah tanggungjawab. Suami perlu tahu tanggungjawab terhadap isteri dan begitu juga dengan isteri. Jika masing-masing tahu tanggungjawab sendiri, insya-ALLAH anda akan menjadi pasangan yang bercinta hingga ke syurga.

(1439)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com