Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / SAYA NOMBOR BERAPA DALAM HIDUP AWAK? INI JAWAPANNYA.
SAYA NOMBOR BERAPA DALAM HIDUP AWAK? INI JAWAPANNYA.

SAYA NOMBOR BERAPA DALAM HIDUP AWAK? INI JAWAPANNYA.

Jika si dia bertanya soalan sebegini, apa jawapan sesuai agaknya ya? Jom baca.Jika si dia bertanya soalan sebegini, apa jawapan sesuai agaknya ya? Jom baca.

• Yang pertama dalam hidup saya ialah ALLAH SWT. DIALAH yang memberi nyawa kepada saya, memberi rezeki kepada saya. Saya hanyalah hamba ALLAH.

• Yang kedua dalam hidup saya ialah ibu saya. Ibu mengandungkan saya, ibu bertarung nyawa untuk melahirkan saya. Ibulah yang menyusukan saya dengan susu badannya. Ibulah yang membasuh najis saya dengan kedua-dua tangannya.

• Yang ketiga dalam hidup saya ialah ayah saya. Dialah yang berhempas-pulas mencari rezeki untuk membesarkan saya. Ayah mendidik saya menjadi manusia berguna.

• Yang keempat dalam hidup saya ialah ahli keluarga saya yang lain. Mereka hidup susah senang bersama saya. Mereka mendengar cerita sedih saya. Mereka mendengar cerita gembira saya. Mereka ada ketika saya susah dan senang.

Awak mahu jadi nombor berapa dalam hidup saya? Jika sekarang, tempat kosong adalah nombor lima. Jika mahu bolehlah jadi yang kelima. Namun jika bernikah dengan saya, awak akan jadi keutamaan saya kerana awak berada di bawah tanggungjawab saya.

(1003)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com