Artikel Pilihan
You are here: Home / INSPIRASI / RAWAT LUKA HATIMU DENGAN AL-QURAN
RAWAT LUKA HATIMU DENGAN AL-QURAN

RAWAT LUKA HATIMU DENGAN AL-QURAN

Al-Quran adalah kitab suci yang mengandungi terlalu banyak manfaat dalam kehidupan. Usah sekali pun kita meninggalkan kitab ini. Bacalah al-Quran setiap hari.

Tatkala hati dirundung kesedihan, membaca atau mendengar alunan bacaan al-Quran sememangnya menenangkan. Dengarlah bacaan kitab suci ini dengan alunan perlahan. Pastinya air matamu akan menitis keinsafan.

Al-Quran mempunyai penawar buat hati yang sedih. Bacalah ia selepas solat fardumu. Alunkan bacaanmu sekadar di pendengaranmu. Hayatilah susunan ayatnya. Pasti hatimu akan kembali kuat untuk melalui kehidupan selepas kelukaan yang kau hadapi.

MERAWAT LUKA

Percayalah, ada kekuatan yang tersembunyi di sebalik setiap bacaan al-Quran. Ada kelegaan yang dirasai setelah selesai membacanya. Jika hatimu dalam kesedihan, perlahan-lahan kesedihan itu bakal tersingkir diganti dengan keceriaan.

Jadikan al-Quran temanmu setiap hari. Kitab inilah yang menerangi kehidupanmu. Tatkala gembira mahupun duka. Ketika dalam kesedihan, air mata memang mudah mengalir. Membaca al-Quran pula boleh menjadikan hati sayu bertambah kuat sekali gus mengubah air mata kesedihan menjadi air mata keinsafan.

Usahlah dikenang lagi kesedihan itu. Putus hubungan percintaan bukannya pengakhiran dalam hidup. Percayalah ada kebahagiaan selain daripada si dia yang menantimu pada lain masa.

(476)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com