Artikel Pilihan
You are here: Home / REMAJA / UBAH 4 HAL INI JIKA PUTUS CINTA SUPAYA MUDAH MOVE ON
UBAH 4 HAL INI JIKA PUTUS CINTA SUPAYA MUDAH MOVE ON

UBAH 4 HAL INI JIKA PUTUS CINTA SUPAYA MUDAH MOVE ON

Bukan mudah hendak melupakan kisah cinta lalu. Apatah lagi jika si dia berada dekat dengan kita. Perasaan sayu mudah terasa di hati. Namun, anda perlu kuat untuk menempuh hari mendatang. Move on. Lupakan kisah lalu. Buka buku baru.

Anda perlu ubah beberapa hal dalam rutin harian anda. Ianya supaya anda dapat melalui kehidupan berbeza sekali gus mudah melalui kehidupan selepas putus cinta. Tidak mengubah hal rutin ini maka anda akan asyik teringat kepada si dia.

1)MUZIK
Jika pada waktu bercinta dahulu anda mempunyai lagu kegemaran, maka ubahlah lagu kegemaran itu. Mendengar lagu kegemaran dahulu, membuatkan akan teringat-ingat kenangan lama.

2)HARUMAN
Jangan pakai lagi haruman yang selalu anda pakai ketika bersama si dia. Jika anda pakai, maka anda akan terkenang. Lebih baik jika anda gunakan haruman lain supaya anda lebih segar. Justeru lebih mudah untuk anda move on.

3)TETAPAN TELEFON
Ubah nada dering panggilan. Ubah juga nada dering kemasukan mesej. Hal ini menjadikan kehidupan anda lebih segar. Mulakan segalanya dengan sesuatu yang baharu.

4)MEDIA SOSIAL
Padam gambar-gambar lama. Pasti anda ada memuat naik gambar bersama si dia di laman sosial. Luangkan masa untuk membuang semua gambar bersama si dia. Hal ini menjadikan laman sosial anda berwajah baru. Jangan lupa untuk gunakan gambar profile terkini yang lebih baik.

 

(835)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com