Artikel Pilihan
You are here: Home / REMAJA / 3 SEBAB JANGAN TERLALU MENCINTAI SESEORANG
3 SEBAB JANGAN TERLALU MENCINTAI SESEORANG

3 SEBAB JANGAN TERLALU MENCINTAI SESEORANG

Terlalu mencintai seseorang sebenarnya boleh membuatkan anda jadi tidak menentu. Apabila ada perasaan cinta, pasti wujud harapan untuk hidup bersama dan cemburu. Tidak mustahil jika anda sanggup melakukan pengorbanan untuknya sehingga ada kala dalam keadaan keterlaluan.

1)BIMBANG HILANG CINTA
Apabila terlalu mencintai seseorang, anda boleh jadi terlalu bimbang kehilangan cintanya. Anda jadi takut dengan bayang-bayang sendiri. Ini membuatkan anda menjadi ragu-ragu jika si dia terlupa membalas mesej anda.

Anda mulai berfikiran negatif dan menyoal si dia bertalu-talu. Menjadi individu cemburu buta sebenarnya merimaskan pasangan. Tidak mustahil anda akan terus kehilangan dia kerana dia mulai bosan dengan sikap anda.

2)SERIK BERCINTA LAGI
Jika anda terlalu mencintai seseorang, anda akan serik untuk bercinta lagi sekiranya hubungan anda putus di tengah jalan. Perasaan serik itu timbul kerana anda tidak mahu terluka lagi. Bukankah ini merugikan kerana anda menutup pintu hati untuk menerima cinta yang lain?

3)DILANDA KEMURUNGAN
Perasaan cinta yang keterlaluan boleh membuatkan anda jadi murung seandainya cinta tidak kesampaian. Sebab itulah anda dinasihatkan supaya jangan meletakkan perasaan cinta kepada seorang manusia dalam cara melampaui batas.

Berpada-padalah kala bercinta. Lebih baik anda menyandarkan cinta kepada ALLAH SWT. Cinta kepada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi. Semakin anda dekat dengan-NYA, Dia tidak akan mengecewakan anda.

(1931)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com