Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / 5 TANDA SI DIA BAKAL JADI SUAMI HEBAT
5 TANDA SI DIA BAKAL JADI SUAMI HEBAT

5 TANDA SI DIA BAKAL JADI SUAMI HEBAT

Jika anda sedang dalam proses mengenali seorang lelaki, cuba perhatikan sifatnya. Untuk mendapat seorang lelaki sempurna memang bukan mudah. Namun sekurang-kurangnya jika si dia ada lima sifat ini, insya-ALLAH anda boleh mendapat lelaki hebat sebagai seorang suami.

1)SOLAT AWAL WAKTU
Ramai orang mendirikan solat namun tidak ramai yang mendirikan solat pada awal waktu. Alangkah bagusnya jika seseorang lelaki itu berada di sejadah sebelum masuk waktu solat. Menunggu azan berkumandang dan terus solat sejurus azan selesai dilaungkan.

Jika anda bertemu dengan lelaki sebegini, percayalah bahawa dia mampu menjadi suami yang hebat. Jangan tinggalkan lelaki yang ada ciri-ciri ini. Apabila dia sangat mengambil berat mengenai solat, maka dia memang lelaki yang budiman.

2)RAJIN KE MASJID
Lelaki yang ringan kakinya melangkah ke masjid, maka itu adalah salah satu tanda yang amat bagus. Lelaki sebegini merapatkan dirinya dengan ALLAH. Orang lelaki sememangnya disaran supaya selalu ke masjid kerana di sinilah tempatnya untuk mendidik seseorang menjadi lebih penyabar.

Janganlah berbangga mempunyai kekasih yang rajin mengajak anda ke pusat beli-belah atau ke panggung wayang. Sebaliknya berbanggalah jika si dia rajin melangkah ke masjid atau sekurang-kurangnya surau.

3)TIDAK MEROKOK
Merokok ialah tabiat yang tiada manfaatnya. Tabiat ini membazirkan wang dan merosakkan kesihatan. Cuba senaraikan manfaat merokok. Tiada satu pun! Lelaki yang tidak merokok boleh jadi seorang lelaki hebat kerana menghargai kesihatannya. Malah menghargai kesihatan individu lain.

4)PANDAI CARI DUIT
Pada hari ini, seseorang itu perlu pandai menjadi duit untuk melengkap kehidupan. Dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barangan, perlu ada pendapatan tetap dan pendapatan sampingan. Ini bukan bermakna seseorang itu tamak tetapi persediaan untuk sebarang kemungkinan.

Jika si dia bijak mencari peluang untuk mendapatkan duit secara halal misalnya berniaga pada hujung minggu, mengambil upah membaiki mesin secara sambilan, maka dia boleh jadi calon suami yang baik.

5)HORMAT ORANG LEBIH TUA
Sifat menghormati orang lebih tua amat penting diambil berat bagi menentukan seorang lelaki itu boleh jadi calon suami hebat. Orang sebegini selalunya berbicara lemah lembut dan tidak meninggikan suara dengan orang lebih tua.

Jika dia bersifat sedemikian, sudah pasti dia akan menghormati ibu bapa anda sebagai keluarga mentuanya nanti. Jika si dia ada sifat ini, jangan lepaskan.

 

(3629)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com