Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / 3 ALASAN POPULAR LELAKI LAMBAT MASUK MEMINANG
3 ALASAN POPULAR LELAKI LAMBAT MASUK MEMINANG

3 ALASAN POPULAR LELAKI LAMBAT MASUK MEMINANG

Wanita selalunya ingin cepat mengakhiri tempoh masa bercinta dengan perkahwinan. Namun berbeza dengan lelaki yang selalunya lebih tenang. Pun begitu, ada lelaki yang masih belum memikirkan soal kahwin walaupun sudah begitu lama bercinta.

Apabila disoal mengenai perkahwinan, ada sahaja alasannya. Ingin tahu apa alasan popular? Nah, cuba baca artikel ini.

1)BELUM CUKUP DUIT
Duit selalu jadi alasan nombor satu apabila wanita bertanya kepada si lelaki bila mahu masuk meminang. Alasan yang konon-kononnya kukuh ini selalu disebut bagi melepaskan diri daripada soalan si wanita.

Alasan ini dikuatkan lagi dengan isu kenaikan harga kos barangan untuk menempah katering, pakaian pengantin, mekap, barangan hantaran dan lain-lain keperluan perkahwinan. Wanita selalunya menerima alasan ini dengan reda.

2)BELUM CUKUP BERSEDIA
Alasan belum cukup bersedia selalunya diberikan terutama daripada lelaki yang agak suka bersosial. Mereka ini selalunya masih mahu hidup membujang kerana tidak mahu terikat dengan komitmen wanita bergelar isteri.

Lelaki seperti ini takut berada di alam perkahwinan kerana sedar bahawa menjadi seorang suami berat tanggungjawabnya. Wanita perlu bijak bertanya mengenai dari segi apakah yang dia belum lagi bersedia. Mungkin anda boleh menambah keyakinan si dia untuk menyegerakan perkahwinan.

3)ADA IMPIAN BELUM DICAPAI
Alasan ini selalu diberikan oleh lelaki yang mempunyai cita-cita tinggi dalam kerjayanya. Sama ada makan gaji mahupun bisnes, lelaki selalunya ada targetnya yang tersendiri. Bagi mereka, target ini perlu dicapai sebelum mendirikan rumahtangga.

Jika anda benar-benar mahu menjadi isterinya, katakan padanya bahawa perkahwinan tidak sekali-kali menghalang dia mencapai cita-cita. Malah keberkatan perkahwinan itu pasti boleh membantu si lelaki lebih mudah mencapai apa yang dia inginkan.

 

(2023)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com