Artikel Pilihan
You are here: Home / SUAMI ISTERI / LUANG MASA BERKUALITI DEMI RUMAHTANGGA BAHAGIA
LUANG MASA BERKUALITI DEMI RUMAHTANGGA BAHAGIA

LUANG MASA BERKUALITI DEMI RUMAHTANGGA BAHAGIA

Kesibukan dalam rutin harian ada kala membuat kita terlepas pandang terhadap pasangan. Kita sangka pasangan akan OK sahaja. Padahal kita tidak sedar bahawa pasangan memendam perasaan.

Suami sibuk, isteri makan hati. Manakan tidak, sudahlah setiap hari sarapan dan makan tengah hari asing-asing. Makan malam pun ada kalanya tidak sempat makan bersama. Suami balik kerja lewat malam, isteri sudahpun lena bersendirian.

Jika isteri pula sibuk, suami perlu pandai-pandai sendiri di rumah. Jangan harap isteri menyediakan segalanya. Kesibukan dalam rutin kerjaya sememangnya ada menjadi punca kepada pelbagai masalah lain timbul dalam hal rumahtangga.

Justeru, suami isteri dinasihatkan supaya meluangkan masa berkualiti dengan pasangan masing-masing. Hal ini boleh menambahkan kasih sayang dan menyemarakkan kembali cinta yang mungkin semakin pudar kerana kesibukan dalam kerjaya.

1)MESTI MAKAN BERSAMA
Cuba set masa makan tengah hari bersama pasangan. Jangan jadikan alasan sibuk sehingga anda tidak dapat makan bersama. Jika tidak berpeluang makan bersama setiap hari, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Hal ini pasti membahagiakan kerana anda seolah-olah ‘dating’ dengan kekasih hati.

2)RIADAH HUJUNG MINGGU
Pada hujung minggu, pergilah beriadah dengan pasangan. Tonton wayang, berjoging, lepak di kedai mamak atau sekadar window shopping. Hal ini juga boleh mengeratkan hubungan suami isteri yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja.

3)AKTIVITI DI RUMAH
Jika tidak mahu keluar dari rumah, boleh sahaja wujudkan aktiviti di rumah. Misalnya menonton televisyen. Boleh juga memasak bersama. Pasangan yang baru berkahwin perlu luangkan masa berkualiti bersama-sama. Tempoh lima tahun pertama perkahwinan sebenarnya memang sangat mencabar. Jadi perlu lakukan sesuatu untuk mencari keserasian dan eratkan hubungan.

4)SOLAT JEMAAH
Nampak remeh namun sedarkah anda bahawa solat berjemaah dengan pasangan mempunyai banyak manfaat. Anda menjadi lebih lembut hati dan menambah rasa cinta tanpa anda sedari. Suami menjadi imam dalam solat membuatkan rumahtangga lebih bahagia. Walau sesibuk manapun, carilah masa untuk solat bersama.

 

 

(171)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com