Artikel Pilihan
You are here: Home / TAZKIRAH / Dilema wanita 10 malam terakhir
Dilema wanita  10 malam terakhir

Dilema wanita 10 malam terakhir

ADA sesetengah wanita sanggup ambil pil penahan haid demi raih ganjaran al-Qadr.
NABI Muhammad SAW pada 10 terakhir Ramadan ini meningkatkan amalan ibadah Baginda SAW dan berusaha untuk meraihnya. Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap balasan (daripada ALLAH), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari no1768, An-Nasa’ie no 2164 & Ahmad no 8222)

Situasi Muslimat 10 akhir Ramadan
“Alamak! Esok dah 21 Ramadan period saya baru mula… terlepas la Lailatul Qadr tahun ni…”
“Saya dah tiga tahun, tinggal puasa ‘cuti’ di akhir Ramadan, bila la nak dapat Lailatul Qadr?”
“Kalau kita ‘uzur’ apa ibadat yang boleh kita buat untuk mendapatkan Lailatul Qadr?”
Serta pelbagai lagi bentuk persoalan, tetapi isu utamanya adalah: “Bagaimanakah cara bagi wanita yang datang haid (cuti/uzur) beribadat juga peluang untuk turut meraih Lailatul Qadr?”
Ini bukan isu yang kecil kerana ada yang sanggup mengambil ubat penahan haid pada bulan Ramadan kerana takut terlepas tawaran istimewa yang hanya datang setahun sekali. Sebenarnya kita tidak perlu bertindak sejauh itu, haid adalah satu natural, tabi’i bagi kaum Hawa. ALLAH Yang Maha Adil, yang mencipta kita dan memberikan sifat itu kepada kita pasti sekali tidak akan membiarkan kita kerugian dan terlepas tawaran yang begitu besar ini.
Orang yang berhadas besar seperti haid ini hanya tidak boleh melakukan ibadat puasa, solat serta membaca al-Quran (serta semua yang memerlukan wuduk). Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Bukankah wanita itu jika sedang haid dia tidak solat dan tidak berpuasa? Itulah kekurangan agamanya.” (Riwayat Bukhari)
Walaupun ALLAH memberi kita ‘cuti’, tidak dibolehkan puasa dan solat, namun ia tidak bererti kita tidak boleh melakukan sebarang amalan atau ibadat yang boleh menambahkan lagi pahala kita, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang segala amalan dilipat gandakan pahalanya. Banyak lagi amalan yang dicintai oleh ALLAH dan ibadah sunnah lainnya yang dianjurkan yang dapat dilakukan di antaranya:-

1) Menyediakan dan memberi iftar

2) Menyediakan makanan sahur

3) Menjauhi larangan agama

4) Banyakkan berdoa dan berzikir sepanjang hari

5) Menyibukkan diri menuntut ilmu yang manfaat.

6) Banyak bersedekah dan derma

Demikianlah penjelasan daripada soalan yang diutarakan oleh Pensyarah Di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Datuk Dr Abdul Basit Abd Rahman mengenai wanita dan Lailatul Qadr. Sesungguhnya, ALLAH Maha Adil. Dia mendatangkan haid dan Dia juga mendatangkan hikmah di sebaliknya.

(1293)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Syahidatul Akmal Dunya

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com