Artikel Pilihan
You are here: Home / SUAMI ISTERI / 7 Perkara Suami Malu Tapi Mahu
7 Perkara Suami Malu Tapi Mahu

7 Perkara Suami Malu Tapi Mahu

Pernah teringin nak baca fikiran suami?

Budaya Barat selalu menggalakan suami isteri bercakap antara satu sama lain dan sentiasa berbincang, tapi selalunya dalam budaya kita, suami selalunya diam dan nampak “tabah”. Jarang sekali suami akan berterus terang 100% dengan isteri mereka.

Selain dari itu, kalang-kala memang susah nak cari kata-kata yang betul untuk menyampaikan apa yang mereka fikirkan.

Jadinya, ramai pasangan berlahwin yang melalui perkahwinan mereka dengan komunikasi yang sikit tanpa benar-benar tahu apa yang difikirkan oleh pasangan mereka.

Senarai ini akan beri anda gambaran tentang beberapa perkara yang suami anda fikirkan tapi dia tahu tahu cara untuk beritahu anda

1. Paling Penting, Dia Mahukan Hormat Anda

Wanita mahukan suami yang menyayangi mereka, dan suami mahukan isteri yang menghormati mereka.

Penting untuk seorang isteri memahami nilai hormat untuk seorang lelaki, lebih-lebih lagi lelaki Islam. Ini kerana sejak dari kecil lagi, mereka diajar untuk menjadi ketua keluarga dan perlu menyara keluarga mereka.

Boleh anda bayangkan, bila seorang suami cuba sedaya upaya untuk menjaga keluarganya, tapi dapat seorang isteri yang tak menghormatinya? Mungkin isteri masih boleh berkata dia sayangkan suaminya, tapi tanpa rasa hormat, suami akan cepat jatuh cinta dengan orang lain.

Sebagaimana firman Allah SWT;

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.” (QS An-Nisaa’ 4:34)

2. Dia Mahukan Kesetiaan Anda

Ini sama pentingnya dengan hormat. Tiada apa yang boleh memusnahkan perkahwinan anda lebih cepat dari pasangan yang tak setia. Tak semestinya curang, tapi cukup bila anda tahu yang jika ada apa-apa terjadi, pasangan anda tidak akan ada bersama dengan anda.

Kebanyakan lelaki tak akan mengakuinya, tapi lelaki memang perlukan wanita. Dan lelaki benar-benar perlukan sokongan dari isterinya. Jadi sangat sukar untuk lelaki bila dia berkahwin dengan perempuan yang tak semestinya ada bila suami dilanda masalah. Jika isteri selalu menyebut tentang cerai atau akan tinggalkan suaminya, perkahwinan itu memang tak akan tahan lama.

Sebaliknya, jika isteri setia kepada suami, yakinlah yang suaminya juga akan setia pada isterinya.

3. Dia Mahu Lebih Sering Intim

Mungkin hal ini sukar untuk dibincangkan. Mungkin ada yang kata jika seorang suami sangat pentingkan hubungan kelamin, maka dia berfikiran sempit, tapi inilah perkara yang sebenarnya. Lelaki mahukan hubungan kelamin. Suami benar-benar mahukan hubungan kelamin dengan isteri mereka.

Jadi, bila isteri berikan macam-macam alasan, contohnya sakit kepala, atau kurang sihat, atau tiada “mood”, suami akan tidur dengan rasa kecewa terhadap isterinya, walaupun mungkin dia tak tunjukkan. Dan bila ini terlalu kerap berlaku, suami akan mula dingin terhadap isterinya. Perasaan ini boleh berkumpul, hingga suami akan bersikap tidak acuh pada isterinya atau mungkin luntur rasa kasih sayang.

Sebagaimana hadis Rasulullah SAW;

Apabila seorang suami mengajak isteri ke tempat tidurnya, lalu si isteri enggan datang. Malaikat akan melaknatnya sehingga Subuh. (Hadis Bukhari)

Untuk renungan.

4. Dia Ada Berfikir Tentang Perempuan Lain

Realiti, tapi biar kami jelaskan dulu.

Suami yang berfikir tentang perempuan lain tak bermakna dia akan curang pada anda, tak bermakna dia akan tambah isteri, tak bermakna dia akan khayal dengan wanita lain. Ia hanya bermakna bahawa ada satu masa dalam hidup setiap lelaki bila dia akan pernah terlintas tentang perempuan lain.

Lebih baik berterus terang dan terima kenyataan ini daripada isteri tertipu dan menganggap suaminya suci. Cara terbaik untuk isteri hilangkan fikiran suami ini adalah dengan menghormati suami, setia pada suami, dan melayani kehendaknya bila dia mahukan. Ini bukan saja akan menjauhkan fikirannya dari perempuan lain, tapi juga akan lebih mendekatkan hubungan suami isteri yang sedia ada.

5. Dia Mahu Buat Anda Gembira

Kenapa suami bekerja keras untuk mencari duit? Kenapa suami sanggup tinggalkan kerja tetap dan ambil risiko mulakan perniagaan? Kenapa suami belikan hadiah untuk isterinya? Jauh di sudut hati seorang suami, dia benar-benar mahu buat isterinya gembira.

Ya, memang kadang-kadang ada suami yang terlupa tarikh ulangtahun atau harijadi. Tapi sebenarnya suami usaha untuk ingat, kerana dia tahu itu akan membuat isterinya gembira.

Jadi, bila suami anda belikan hadiah, terimalah dan bergembiralah. Ucapkan terima kasih padanya, dan gunakan hadiah pemberiannya, tanda anda menghargainya.

Jangan terlalu cepat berleter bila dia terbuat silap. Si suami akan mudah terasa yang anda tak hormatinya dan tak hargai segala pengorbanannya.

6. Jika Anda Selalu Galakkan Dia, Dia Boleh Jadi Muslim Yang Lebih Baik

Tiada siapa yang sempurna. Memang suami anda bukan Muslim paling baik di dunia, tapi isteri sebenarnya boleh galakkan suami untuk jadi lebih baik. Tapi jangan paksa dia.

Buatlah perkara-perkara kecil yang akan ingatkan dia tentang agamanya. Contohnya ajak dia solat subuh bersama, atau minta dia teman solat di Masjid.

Perlu pandai pilih ayat dan intonasi, juga sentuhan dan senyuman. Tak ada suami yang suka terus “diserang” dan diajar. Tapi kalau betul langkah si isteri, pahalanya berganda.

7. Dia Benar-benar Sayangkan Anda, Walaupun Dia Tak Sentiasa Tunjukkannya

Untuk si isteri, mungkin kenyataan ini susah nak ditelan. Tapi inilah kenyataan. Kaum lelaki memang tak pandai menunjukkan emosi, tak cukup selalu ucap “I love you” pada isteri.

Mana-mana suami pun manusia biasa juga. Bila sentiasa dibandingkan dengan Nabi Muhammad SAW oleh si isteri, mestila si suami rasa direndahkan diri. Memang kita semua patut mencontohi Baginda, tapi bila suami tak layan isteri sebaik Nabi, tak bermakna suami tak sayangkan isterinya.

Sama juga, walaupun isteri tak layan suami sebaik Khadijah RA melayan Rasullah SAW, tak bermakna isteri tak sayang suaminya, kan?

Kita semua manusia biasa. Bila suami menjaga isterinya, tak mempergunakan isterinya, tak curang pada isterinya, bila dia ikhlas membantu isterinya, menjalankan semua tanggungjawabnya, bila dia hormat dan sayangkan isterinya, berterima kasihlah kerana memang dia sayangkan isterinya.

Jangan letakkan harapan tinggi menggunung dan terus marah bila kecewa.

(8005)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com