Artikel Pilihan
You are here: Home / KELUARGA / Nabi SAW tahnikkan Abdullah bin Az-Zubair
Nabi SAW tahnikkan Abdullah bin Az-Zubair

Nabi SAW tahnikkan Abdullah bin Az-Zubair

Tahnik biasanya dilakukan kepada bayi yang baharu dilahirkan sehingga usianya tujuh hari. Sebaiknya bayi ditahnikkan dengan kurma yang dikunyah atau manisan lain jika tiada kurma lalu di digosokkan di lelangit bayi.

Kepada pasangan yang baharu mendapat cahaya mata, bolehlah meneladani kisah ini.

Asma’ binti Abu Bakar mengatakan, ketika sedang mengandungkan Abdullah bin Az-Zubair di Makkah, beliau bercerita: “Aku keluar dalam keadaan hamil menuju ke Kota Madinah. Dalam perjalanan. aku singgah di Quba’ dan aku telah melahirkan anakku di sana. Kemudian aku berjumpa Nabi Muhammad SAW dan meletakkan anakku di pangkuan Baginda SAW. Baginda SAW meminta kurma lalu mengunyahnya dan meletakkan ke dalam mulut bayi.

“Maka benda pertama yang masuk ke dalam mulut bayi adalah air liur Rasulullah SAW. Setelah itu, Baginda SAW mentahniknya dengan kurma dan mendoakan barakah  kepada bayi tersebut.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

(215)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Syahidatul Akmal Dunya

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com