Artikel Pilihan
You are here: Home / INSPIRASI / Setia hingga ke jannah
Setia hingga ke jannah

Setia hingga ke jannah

Semasa sihat saya tidak pernah berniat untuk cari penggantinya, apatah lagi kini dia sakit

SUMBER: Cerita ini dipetik daripada Facebook www.facebook.com/katakatacintaa/posts

KISAH yang bakal diceritakan ini adalah berdasarkan daripada kisah benar. Sebuah kisah yang mengajar kita erti sebuah kesetiaan. Ia tidak hanya menjadi bualan di mulut sebaliknya ia adalah sesuatu yang real.

Saya gelarkan lelaki itu sebagai Si A (bukan nama sebenar), dia adalah seorang lelaki yang berjaya dalam lapangannya. Dia agak berumur ibarat kata sudah senja. Dalam meniti hujung usianya, dia tega menjaga dan merawat isterinya yang sakit. Usia perkahwinan dia dan isteri sudah menjangkau 30 tahun lebih dan mereka dikurniakan empat cahaya mata sebagai penghias alam rumah tangga.

Ceritanya bermula sebaik sahaja isterinya melahirkan anaknya yang bongsu, tanpa sebarang tanda kaki isterinya tiba-tiba lumpuh dan tidak mampu digerakkan. Ujian itu berlangsung selama dua tahun dan masuk tahun ketiga, bukan sahaja kaki malah seluruh tubuhnya menjadi lemah, lumpuh sehinggakan lidahnya juga tidak mampu untuk berbicara lagi. Ujian seorang suami yang mithali. Saat itu, segala yang berkaitan dengan isterinya diuruskan sendiri oleh Si A tanpa sebarang keluhan. Setiap hari, Si A akan memandikan, membersihkan isteri, menyuapkan makanan jua minuman dan membaringkan isterinya di atas katil. Sebelum dia bertebaran mencari rezeki, dia akan memastikan isterinya ‘siap’. Si A akan meletakkan isterinya di ruang tamu dan dia memasang televisyen supaya isterinya tidak berasa bosan sepanjang ketiadaannya keluar mencari rezeki. Si A tahu, sunggupun isterinya tidak mampu berbicara tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum.

Si A untung kerana jarak antara tempat kerjanya dengan rumah agak dekat dan menjelang tengah hari Si A akan pulang.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang tanpa berkata-kata itu sudah cukup bagi Si A, padanya hatinya cukup tenang apabila melihat isterinya.

Hampir 25 tahun Si A tega menguruskan isternya yang lumpuh dan membesarkan empat anaknya sehingga berjaya dalam hidup. Anak-anaknya sudah besar, masing-masing sudah bertemu jodoh dan tinggal berasingan dengan ibu bapa. Cumanya, anaknya yang bongsu sedang meneruskan pengajian hingga ke peringkat tertinggi

Suatu hari, Si A, isteri dan anak-anaknya berkumpul beramai-ramai di ruang tamu rumah mereka. Anak sulungnya bertanya dengan ayat yang tersusun kemas, bimbang bapa mereka berasa hati. “Bapa, kami ingin sekali menjaga ibu. Sejak kecil, kami lihat bapa merawat ibu dengan sungguh sabar, langsung tidak kedengaran keluhan dari bibir bapa. Bapa juga tidak benarkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata yang berlinangan anak sulungnya meneruskan kata: “Sudah berkali-kali, malah ini adalah kali keempat kami mengizinkan bapa untuk bernikah lagi dan kami berasa ibu pun memberi keizinannya. Bilakah masanya bapa ingin menikmati masa tua dan bahagia bapa? Bapa berkorban itu dan ini untuk kami dan sekarang tibalah masanya untuk kami berbakti kepada bapa. Izinkan kami untuk menjaga ibu dan merawatinya seperti bapa menjaganya.”

Si A senyum dan menjawab dengan jawapan yang tidak diduga anak-anaknya: “Anak-anakku… jikalau perkahwinan dan hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin bapa akan mencari pengganti ibumu, tapi ketahuilah dengan adanya ibumu di samping bapa itu sudah lebih daripada cukup, ibumu melahirkan kamu.” Si A membetulkan duduknya dan menelan liur. Si A meneruskan kembali bicaranya: “Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak satupun dapat dihargai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini? Kalian menginginkan bapa bahagia, apakah batin bapa bisa bahagia meninggalkan ibumu dengan keadaanya sekarang, kalian menginginkan bapa yang masih diberi Tuhan kesihatan dirawat oleh orang lain? Bagaimana dengan ibumu yang masih sakit.””

Meledaklah tangisan anak-anaknya. Mereka pun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibu. Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu.

Sampailah akhirnya Si A diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi nara sumber dan mereka pun mengajukan pertanyaan kepadanya: Kenapa mampu bertahan selama 25 tahun merawat isterinya yang sudah tidak bisa apa-apa.” Di saat itulah meledak tangis Si A dengan tetamu yang hadir di studio. Kebanyakan kaum perempuan pun tidak sanggup menahan haru. Di situlah Si A bercerita: “Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta dalam perkahwinannya, tetapi tidak mahu memberi (memberi waktu, tenaga, fikiran dan perhatian) itu adalah sia-sia.”

Dia menyambung: “Saya memilih isteri menjadi pendamping hidup saya, dan sewaktu dia sihat dia pun dengan sabar merawat saya, mencintai saya dengan hati dan batinnya bukan dengan mata, dan dia memberi saya empat anak yang lucu-lucu. Sekarang dia sakit kerana berkorban untuk cinta kita bersama. Dan itu adalah ujian bagi saya, apakah saya dapat memegang komitmen untuk mencintainya apa adanya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya apalagi kini dia sakit.”

(753)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Syahidatul Akmal Dunya

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com