Artikel Pilihan
You are here: Home / TRENDING / Cinta sampai syurga
Cinta sampai syurga

Cinta sampai syurga

Hari-hari lunch di tepi kubur isterinya tilljannah

HARI-hari kita berlalu dengan kisah-kisah cinta yang romantis. Sehinggakan ada sesetengah teruna dara dan suami isteri mengimpikan untuk jadi seperti watak yang diceritakan. Cinta sampai syurga, siapa yang tidak mahu?

Kisah cinta yang sweet ini diceritkan oleh Imam Masjid Seksyen 13, Shah Alam, Ustaz Muaawidz Al-Ansor Dzulkefly, dia bersungguh membuktikan bahawa cinta sejati itu wujud dan berjuta kali lebih sweet berbanding yang ada di dunia ini.

Jika anda bertanya apa itu Cinta Sejati love tilljannah, saya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang saya alaminya sendiri. Kisah benar ini bukanlah kisah saya, tetapi kisah cinta seorang suami yang kematian isterinya.

Sebaik sahaja kami selesai menguruskan jenazah ahli kariah
Seksyen 13 di tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam, saya segera mendapatkan pusara nenek untuk diziarahi.

Semasa sedang tercari-cari pusara nenek, saya dihampiri seorang lelaki, agakan saya umurnya mungkin tua sedikit berbanding diri ini. Orangnya kacak. Dia menghampiri saya lalu memberi salam: “Assalamualaikum… Cari kubur siapa tu ustaz? Deretan ni kebanyakannya yang meninggal bulan Mei dan April 2015.”

Mendengar kata-kata
nya saya agak kagum dengan lelaki tersebut (mampu dia ingat deretan kubur-kubur di sini). Lagak pakaiannya tidak mencerminkan dia bekerja di tanah perkuburan ini. Tidak sempat saya bertanya, lelaki ini mula membuka kisahnya.


Abang:
Hehe… ustaz tak perlu pelik, saya ke tanah perkuburan ni hampir setiap hari, dulu kami tinggal di Shah Alam, tapi sebab anak dah masuk sekolah kat Kuala Lumpur, saya decide pindah ke sana jugak lah untuk dekat dengan satu-satunya anak saya ni.”

Ustaz: “Owh ye ke. Kalau dah tinggal dekat KL, macam mane pulak abang boleh datang sini hampir tiap-tiap hari”? Dekat kubur ni ada waris ke yang dikebumikan di sini”?

Abang:
Kebetulan memang saya bekerja dekat Seksyen 21 ni je… so setakat menyinggah memang tak de masalah (sengih).”

Erm… alang-alang ustaz dah tanya… saya citelah sikit ye..itu pun kalau ustaz ada masalah nak dengar.


Ustaz : (angguk)

Abang: “
Sebenarnya… kubur yang saya ziarah ni bukan setakat waris saya ustaz, dialah pelengkap, dan penyeri hidup saya. Senang cite dialah isteri saya yang pertama dan selama-lamanya (yang terakhir) untuk saya ustaz.”

“Sepanjang dia hidup dia tak pernah mengeluh.
Apabila kami hidup susah, apatah lagi minta itu dan ini, kerana dia tahu saya belum cukup mampu untuk beli (pada masa itu).

“Sampailah satu hari, bil
a kami dapat tahu dia jatuh sakit, hidup kami semakin susah, bayangkanlah duit gaji habis dekat kot kos rawatan saja, belum kos lain-lain lagi, masa tu saya hampir putus mengharap tapi isteri pula yang kuatkan saya.”

“Dua tiga hari sebelum
dia meninggal, dia ada tanya saya satu soalan. Dia suh saya bagi tau sebesar mana cinta saya pada dia?”. Saya jawab: “Cinta abang kepada sayang seluas jarak abang hidup di dunia dan sayang hidup di syurga.”

Ketika itu tidak ada ungkapan melainkan hanya tangisan. Saya
usap tangannya dan cuba menenangkannya dengan berkongsikan sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudahku: Kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia oleh kerana itu ALLAH mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi SAW untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Baginda di syurga.” (Riwayat Al-Baihaqi)

Isteri
menerima hadis tersebut dengan gembira dan meminta agar saya tuliskan kepadanya hadis tersebut untuk menjadi ingatan buatnya.

Begitulah sebuah pertemuan singkat tetapi cukup mengajarkan kepada kita erti cinta yang abadi. Di akhirnya saya sempat bertanya kepada
nya: “Abang datang sini bawak bekal ke?, Nampak macam bekas makanan je.”

Abang itu tersenyum, katanya: “
Waktu lunch hour, memang saya akan makan kat sini.”

Saya tergamam denga jawapan itu. Inilah cinta sejati, inilah love tilljannah

P/S: Hadis ini walaupun disabdakan khusus untuk isteri Nabi SAW namun maksud yang cuba disampaikan applicable juga. Untuk kita yakini dan kita hajati. Syaratnya kedua pasangan kejarlah syurga ALLAH untuk mendapat lovetilljannah.

Sumber: Positive Parenting

– Siakapkeli.my

(271)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Syahidatul Akmal Dunya

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com