Artikel Pilihan
You are here: Home / KELUARGA / Aku tidak akan mentaatimu! Ketahui 4 perintah suami yang perlu diingkari
Aku tidak akan mentaatimu! Ketahui 4 perintah suami yang perlu diingkari

Aku tidak akan mentaatimu! Ketahui 4 perintah suami yang perlu diingkari

 

 

Maaf Suamiku… Aku Tidak Akan Mentaatimu!!

Terasa indahnya saat akad nikah diucap, dan tali pernikahan mula diikat. Hati yang mulanya gundah kini  berbunga riang saat telah halalnya cinta dua insan, saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Masing-masing punyai tugas dan kewajiban baru yang perlu dipikul. Suami memiliki hak yang harus ditunaikan oleh isterinya, dan  isteri juga  mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh suaminya. Alangkah bahagianya jika masing-masing saling memahami dan mengerti.

Wahai muslimah, kini aku bertanya padamu… bukankah indah sekiranya seorang isteri mematuhi arahan suaminya, kemudian menjadi penyejuk mata bagi suaminya, menjaga lisan dari menyebarkan rahsia suaminya, serta menjaga harta dan anak-anak ketika suami berada di luar? Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, “Tiada perkara yang lebih bagus bagi seorang mukmin setelah bertakwa kepada Allah daripada isteri yang solehah, bila dia menyuruhnya maka dia mentaatinya, bila memandangnya membuat hatinya senang, bila bersumpah (agar isterinya melakukan sesuatu), maka dia melakukannya dengan baik, dan bila dia pergi maka dia dengan tulus menjaga diri dan hartanya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Tentang kewajiban seorang isteri sudah berulang kali dibahas. Namun, dalam ketaatan itu, sebenarya ada beberapa perkara yang tidak boleh dan tidak wajar dipatuhi oleh seorang isteri. Sebagai isteri, anda perlu mengambil tahu agar tidak  tersasar jauh dari fitrah manusia.

Patuhi Perintah Suami

Ciri-ciri seorang isteri solehah itu adalah mematuhi perintah suaminya. Yang dimaksudkan dengan  mematuhi perintah suami itu adalah mematuhi hal-hal yang mubah dan disyari’atkan. Antaranya kewajiban menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadan, memakai tudung, dan lain-lain lagi. Maka sebagai seorang isteri, ia tidak boleh ditinggalkan kerana meninggalkan perintah Allah adalah satu dosa. Sementara perkara yang mubah,  adalh jika suami memerintahkan isteri untuk melakukannya maka isteri  harus melaksanakannya sebagai bentuk ketaatan kepada suami. Contohnya suami menyuruh isterinya  membersihkan rumah, mengatur kewangan keluarga dengan baik,  bangun awal pagi, membantu  suami, dan hal-hal lain yang dibolehkan dalam syari’at Islam.

 Menolak Perintah Suami

Walau bagaimanapun, andai kata suami menyuruh isterinya melakukan kemaksiatan dan menolak peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah, maka si isteri boleh untuk tidak mentaatinya,  meskipun Rasulullah  s.a.w pernah bersabda, “Kalau sekiranya aku (boleh) memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain maka akan aku perintahkan seorang wanita untuk sujud kepada suaminya.” (Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Hakikatnya,  isteri tidak boleh tunduk kepada suami yang memerintahkan untuk berbuat maksiat  meskipun di hati tersimpan rasa cinta dan sayang yang mendalam terhadap suami. Jika kewajiban patuh kepada suami  sangatlah besar, maka apatah lagi kewajiban mematuhi Allah, tentu lebih besar daripadanya. Kerana Allah  telah  menciptakan kita dan suami kita, kemudian mengikat tali cinta di antara isteri dan suaminya.

Sungguhpun begitu,  menolak arahan suami ini bukan bermakna anda boleh melawan, menengking, dan marah. Sebaliknya anda perlulah berlembut dan berbincang dengannya. Manalah tahu suami sebenarnya tidak sedar akan kesalahannya itu. Bukankah  perkataan yang baik itu satu  sedekah?

Saudariku, berikut ini beberapa contoh perintah suami yang tidak boleh ditaati.

  1. Menyuruh Kepada Kesyirikan

Tidak sewajarnya seorang isteri itu mentaati suami yang memerintahkannya untuk melakukan kesyirikan seperti menyuruh isteri bertemu dukun atau pawang,  menyuruh mengalungkan  tangkal di leher anak, percaya pada zodiak, dan lain-lain. Ketahuilah, syirik adalah dosa yang paling besar dan syirik juga merupakan kezaliman yang paling besar.

  1. Menyuruh Melakukan Suatu yang Bidaah.

Berlenggang perut  adalah antara amalan   yang banyak dilakukan oleh masyarakat ketika kandungan genap tujuh bulan. Ini merupakan antara amalan yang tidak pernah dibuat pada zaman Rasulullah s.a.w . Walau bagaimanapun masyarakat kita masih ramai yang mengamalkan budaya sedemikian. Ketahuilah,  jika seseorang itu melakukan suatu amalan yang dianggap ibadah padahal Nabi s.a.w  tidak pernah melakukannya,  amalan ini adalah amalan yang akan mendatangkan dosa jika dikerjakan. Sekiranya suami menyuruh melakukan amalan seumpama ini, maka isteri harus menolaknya dengan lembut dan menasihati suaminya secara baik.

  1. Memerintahkan untuk Tidak Bertudung.

Menutup aurat adalah kewajiban setiap muslimah. Sekiranya ada di kalangan sumi yang memerintahkan isterinya untuk tidak bertudung, maka hal ini tidak boleh dipatuhi dengan alasan apapun. Misalnya  suami menyuruh isteri untuk membuka tudungnya agar mudah mendapat pekerjaan yang gajinya lumayan. Bekerja dibolehkan bagi muslimah, dengan syarat suasana kerja bebas dari ikhtilat (bercampur dengan lelaki) dan kemaksiatan, tiada sebab untuk timbulnya fitnah, serta tidak melalaikan isteri dari memenuhi kewajibannya melayan suami dan mendidik anak-anak.

  1. Mendatangi Isteri Ketika Haid 

Rasulullah s.a.w telah bersabda, “…dan persetubuhan salah seorang kalian (dengan isterinya) adalah sedekah.” (Riwayat  Muslim)

Begitu luasnya rahmat Allah sehingga menjadikan hubungan suami isteri itu  sebagai sebuah sedekah. Perhubungan suami isteri  boleh dilakukan dengan cara dan bentuk apapun. Namun tidak boleh mendatangi isterinya dari arah dubur atau ketika haid.

(918)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Sarina Mohd Som

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com