Artikel Pilihan
You are here: Home / TAZKIRAH / Biarkan dia berleter
Biarkan dia berleter

Biarkan dia berleter

Mari kita lihat sebuah contoh teladan daripada Saidina Umar Al-Khatab, yang mana pada suatu hari ada seorang lelaki datang berjumpa beliau.

Tujuannya ke rumah Saidina Umar adalah untuk mengadu hal mengenai isterinya yang suka sangat berleter dan gemar mengeluarkan kata-kata yang kurang elok. Dia berdiri di muka pintu menunggu Saidina Umar keluar. Tiba-tiba lelaki berkenaan mendengar suara isteri Saidina Umar sedang berleter dan marah-marah, tetapi Saidina Umar hanya mendiamkan diri, pada hal Saidina Umar terkenal dengan ketegasannya dan beliau adalah seorang yang garang. Lelaki itu pun berfikir dan bermonolog dalam hatinya: ” Kalau beginilah keadaan Amirul Mukminin, orang yang tegas dan garang, siapakah aku jika dibandingkan dengannya.”

Situasi itu membatalkan mood lelaki berkenaan untuk meeruskan hajatnya berjumpa Saidina Umar.

Saat lelaki itu melangkah pergi, Saidina Umar ternampak kelibat lelaki berkenaan lalu memanggilnya dan bertanyakan apakah hajatnya mahu menemui beliau. Maka jawab lelaki itu: “Wahai Amirul Mukmin, aku datang untuk mengadu perihal buruk isteriku yang gemar berleter kepadmu, tetapi aku melihat isterimu juga begitu. Jadi aku membatalkan saja niatku ini.”

Jawab Saidina Umar: “Wahai saudaraku, aku terpaksa bersabar dalam menghadapi masalah tersebut kerana aku anggap itu adalah haknya. Dia telah memasakkan makananku, membuat roti untukku, mencuci pakaianku, menyusui anakku. meningatkan jasanya setiap hari mebuatkan hatikub tenang. bersyukurlah aku tidak melakukan yang haram. dengan itu aku sanggup menaggung apa yang dilakukan ke atasku.”

Lelaki itu pula berkata: “Ya Amirul Mukminin, demikian pula dnegan isteriku.” Maka Saidina Umar membalasnya: “Aku dapat menanggungnya wahai kawan, dan sesungguhnya leteran itu berlangsung hanya sebentar.

(312)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Syahidatul Akmal Dunya

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com