Artikel Pilihan
You are here: Home / TAZKIRAH / “Aku Mencintaimu Kerana Allah…”
“Aku Mencintaimu Kerana Allah…”

“Aku Mencintaimu Kerana Allah…”

Maksudnya, bila anda meletakkan cinta dan ketaatan kepada Allah SWT sebagai asas dalam hubungan anda dengan orang lain. Maksudnya, anda sangat cintakan seseorang sampai anda nak hubungan itu kekal di Dunia dan sampai di SyurgaNya supaya anda boleh hidup dengan bahagia dengan mendapat rahmat dari Allah SWT. Maksudnya, cinta anda pada seseorang itu suci sebab si dia selalu mengingatkan anda kepada Allah SWT dan dia bantu anda mendekatkan diri padaNya.

Tiba-tiba hati anda berbisik, “Tapi pasangan saya tak mengingatkan saya kepada Allah pun…”

Hakikatnya, kebanyakan pasangan yang berkahwin disebabkan imej agama yang dibawa oleh seseorang akan kecewa selepas kahwin. Masa itu baru mereka tahu yang pasangan mereka itu jarang solat sunat, tak baca Quran setiap hari, tak buat zikir pagi dan petang, tak solat Tahajjud, tak puasa sunat, tak suka pergi kelas agama atau berbakti pada masyarakat seperti yang diharapkan.

Ini terjadi bila kita mengharapkan pasangan yang baik itu adalah seseorang yang boleh dilihat kebaikannya dari luaran – tudung labuh, Quran yang sentiasa ada dalam kereta, tutur katanya yang lemah lembut, atau posting di profil Facebook nya yang nampak “Islamik”. Sedangnya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;

“Tidak ada satupun yang akan memberatkan timbangan (kebaikan) seorang hamba mukmin pada hari kiamat selain dari akhlak yang baik. Sesungguhnya orang yang memiliki akhlak yang baik akan sampai pada darjat orang yang puasa dan solat” (HR Tirmidzi)

Jadi jangan gusar kalau pasangan anda bukan jenis yang akan kejutkan anda untuk solat sunat tengah malam atau hanya pasang alunan Al Quran dalam kereta. Percayalah, kalau dia pernah lakukan perkara-perkara dalam senarai di bawah ini, dia sememangnya mencintai anda kerana Allah;

• Nasihat anda untuk tak melindungi perbuatan atau niat jahat orang lain
• Nasihat anda untuk tak mengumpat (tentang kawan-kawan, rakan sekerja, atau adik beradik sekalipun)
• Tolong anda untuk baiki tutur kata dan akhlak supaya lebih menyenangkan hati orang sekeliling
• Tolong anda menyempurnakan janji anda pada orang lain (walaupun hanya dengan menjadi pekerja yang baik, bayar hutang, simpan rahsia orang lain dan sebagainya)
• Tolong anda jadi lebih jujur pada diri sendiri dan orang lain
• Tolong anda memaafkan orang lain dan lupakan kesilapannya
• Tolongnya anda jadi lebih pemurah dan kurang membazir
• Tolong anda kenalpasti dan perbaiki kekurangan diri

Nampak kecil, mungkin sebab itulah perkara-perkara ini selalu diabaikan tapi kesannya besar. Selain itu, pasangan suami isteri yang komited akan sentiasa bantu satu sama lain untuk dekatkan diri pada Allah SWT dan akan mencegah bila ada perkara yang akan merendahkan martabat anda di mata Allah SWT.

Dalam kehidupan seharian, anda kena sentiasa cuba untuk perbaiki solat, bacaan Quran dan ibadat-ibadat lain kepada Allah SWT. Tapi pasangan yang betul-betul memegang nilai-nilai agama dalam hidup akan menepati janji, rajin tolong orang lain, menjaga hati orang, memberatkan tanggungjawab, dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling.

(866)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com