Artikel Pilihan
You are here: Home / TAZKIRAH / Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Bahagiakan Orang Tua
Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Bahagiakan Orang Tua

Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Bahagiakan Orang Tua

Ramai antara kita yang bercita-cita nak bahagiakan orang tua kita satu hari nanti. Di masa muda, mungkin terasa macam banyak keinginan ibu bapa anda yang anda belum mampu nak tunaikan jadi anda pun nekad bekerja keras untuk berikan hidup yang lebih baik pada mereka nanti.

Tapi disinilah silapnya. Kita selalu fikir cara untuk buat ibu bapa kita gembira adalah dengan hadiah atau barang-barang kebendaan. Mungkin nak belikan kereta, rumah, bawa berjalan-jalan dan sebagainya. Tapi sebenarnya tak perlu pun. Tak perlu tunggu kata untuk bahagiakan ibu bapa anda.

Anda kena ingat bahawa ini adalah orang-orang yang dah bersusah payah membesarkan anda dari kecil hingga dewasa. Masa muda mereka dah dihabiskan untuk anda dan segala baik buruk atau cacat cela anda, pasti mereka dah tahu. Mereka tahu apa yang anda mampu atau tak mampu jadi mereka takkan minta yang bukan-bukan. Sebenarnya, ibu bapa anda cuma mahukan perhatian.

Memang anda pun ada kehidupan sendiri. Setiap hari ada saja komitmen yang memerlukan perhatian. Tapi jangan ambil mudah soal ibu bapa. Sedar tak sedar, masa semakin pantas belalu dan masa untuk anda habiskan bersama ibu bapa juga semakin terhad. Usia anda makin bertambah, dan mereka pun sama. Jangan ingat mereka akan sentiasa ada. Jangan sampai menyesal nanti.

Kalau anda masih rasa kekurangan, sebenarnya banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk membahagiakan mereka. Bersungguh-sungguh semasa bekerja untuk jadi orang yang berguna boleh buat ibu bapa anda sangat bangga dengan anda. Jaga nama baik mereka dan keluarga. Sekali sekala, ambil sedikit masa untuk bawa mereka jalan-jalan dan berbual tentang kehidupan seharian anda.

Atau paling kurang, telefon mereka setiap hari selama lima minit saja – mungkin di petang atau malam hari tapi lakukannya setiap hari secara konsisten. Kalau anda boleh buat ini untuk kekasih anda semasa bercinta, kenapa tak boleh buat untuk ibu bapa? Tak perlukan modal yang besar pun tapi ia pasti akan buat mereka tersenyum.

Masa muda mereka dulu dah banyak dihabiskan untuk bekerja dan membesarkan anda; untuk pastikan keperluan anda sentiasa cukup. Sudah banyak pengorbanan yang mereka lakukan untuk anda. Jadi sebagai anak, jangan tunggu lagi. Mulakan langkah pertama sekarang.

(281)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com