Artikel Pilihan
You are here: Home / TAZKIRAH / Tunang Bukan Alasan Untuk Berdua-duaan
Tunang Bukan Alasan Untuk Berdua-duaan

Tunang Bukan Alasan Untuk Berdua-duaan

Penting untuk anda faham bahawa pertunangan dalam Islam hanyalah janji untuk berkahwin. Ia tak memberi hak istimewa kepada pasangan itu selain memberitahu secara serius tentang kemahuan masing-masing untuk memberi komitmen sepanjang hidup dengan cara yang halal.

Jadi pasangan yang bertunang perlu sedar bahawa semasa dalam proses pertunangan mereka mesti mengikuti adab yang sama dengan mana-mana orang lain yang bukan mahram. Maksudnya, tunang anda masih belum lagi menjadi suami anda. Statusnya hanya akan bertukar selepas lafaz akad nikah.

Pasangan yang bertunang boleh berbincang tentang pegangan dan kepercayaan masing-masing, rancang masa depan bersama, buat persiapan untuk masa depan tetapi mereka masih tak boleh bermesra atau berdua-duaan kerana ini hanya dibenarkan untuk pasangan yang dah berkahwin.

Anda kena ingat bahawa pertunangan hanyalah satu kenyataan tentang niat pasangan tersebut untuk berkahwin kalau dan bila pasangan tersebut betul-betul pasti dengan niat mereka. Dan anda kena tahu bahawa tali pertunangan itu – sama dengan mana-mana perjanjian atau kontrak awal – boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum pernikahan tanpa apa-apa kesan kepada mana-mana pihak.

Sebagai seorang Muslim, kita kena percaya bahawa kita takkan dapat apa-apa yang tak ditakdirkan untuk kita, dan kita takkan hilang apa-apa yang Allah takdirkan sebagai milik kita. Jadi, kalau seorang lelaki dan seorang perempuan itu ditakdirkan untuk bersama, anda pasti akan ada masa yang banyak untuk saling meluahkan perasaan selepas mereka berkahwin nanti. Kalau anda tak ditakdirkan bersatu, tak perlu untuk anda cipta kenangan dengan si dia sebelum kahwin kerana kenangan itu akan jadi kenangan pahit jua nanti.

(515)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com