Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / 3 Perkara Tentang Si Dia Yang Anda Perlu Perhatikan Dalam Tempoh Bertunang
3 Perkara Tentang Si Dia Yang Anda Perlu Perhatikan Dalam Tempoh Bertunang

3 Perkara Tentang Si Dia Yang Anda Perlu Perhatikan Dalam Tempoh Bertunang

Mencari seseorang untuk menjadi teman sepanjang hayat adalah salah satu keputusan paling penting yang anda akan buat dalam hidup. Pasti anda pernah dengar kisah pasangan yang kahwin tak sampai setahun, tapi tak berkekalan, kan?

Ada macam-macam sebab perkara yang tak diingini ini boleh terjadi. Kadang-kadang, sebelum kahwin lagi, hati dan minda dah kata benda yang berlainan, tapi mungkin masa itu minda “dikaburkan” oleh keterujaan nak berpasangan.

Sebelum akad nikah, masih tak terlambat untuk anda fikirkan masa depan anda dengan mendalam. Gunakan masa dalam tempoh pertunangan untuk pastikan pasangan anda”sekepala” dengan anda dalam hal-hal berikut;

1. Pelan Jangka Panjang

Bila anda berkenalan dengan seseorang, ada banyak perkara yang anda nak tahu dari awal lagi. Jangan terlalu gopoh. Sebelum apa-apa, ambil tahu dulu tentang niat mereka dan sejauh mana tahap keseriusan si dia. Ramai anak muda hari ini yang terlalu terburu-buru untuk kahwin awal sebelum mereka betul-betul bersedia.

Kenali dulu si dia. Pastikan dia beragama, akhlaknya baik dan anda berdua dah sama-sama bersedia untuk pikul tanggungjawab sebuah perkahwinan. Jangan lupa untuk berbincang tentang masa depan anda – nak tinggal di mana, hubungan dengan keluarga, cita-cita, didikan keluarga, dan perkara-perkara lain yang akan memberi impak kepada hidup anda nanti.

2. Kepercayaan

Kepercayaan adalah elemen penting dalam mana-mana hubungan. Ia juga adalah asas sebuah perkahwinan yang berjaya. Jadi seseorang yang boleh dipercayai. Jangan bagi pasangan anda sebab untuk meragui rasa percayanya kepada anda.

Rasa percaya boleh dipupuk. Paling penting, jangan hancurkan harapan si dia pada anda.

3. Fahami perbezaan anda

Setiap individu adalah unik. Setiap orang ada personaliti sendiri, pilihan sendiri, perangai dan sifat masing-masing. Selain dari kenali diri sendiri, anda juga perlu dikenali personaliti si dia supaya anda tahu persamaan dan juga perbezaan anda berdua.

Bila dah tahu, jangan pula anda cuba untuk ubah si dia. Dia dibesarkan di tempat lain dan dengan orang-lain, jadi sudah tentulah cara dia pun lain dengan anda. Hormati cara dan pandangannya walaupun kadang-kadang ia tak sama dengan pandangan anda.

(2316)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com