Artikel Pilihan
You are here: Home / INSPIRASI / Surah An-Nuur Sebagai Mahar Sebuah Penikahan
Surah An-Nuur Sebagai Mahar Sebuah Penikahan

Surah An-Nuur Sebagai Mahar Sebuah Penikahan

Hiba Ammar menulis:

Apabila ayah saya melamar ibu saya, dia mendedikasikan Surah Al-Imran, yang dia hafal, sebagai mas kahwinnya. Dan bila suami saya melamar saya, ayah saya beritahu padanya yang dia perlu hafal sebuah suruh dari Al-Quran sebagai mas kahwin saya. Pernikahan tak akan berlangsung kecuali kalau saya dah terima mas kahwin itu. Saya disuruh memilih salah satu surah itu. Saya memilih surah An-Nuur. Sebabnya, surah itu mengandungi banyak garis panduan dan tak mudah nak hafal semuanya.

Jadi sebelum majlis perkahwinan kami; selain dari sibuk buat persiapan untuk hidup baru, suami saya takkan berpisah dari Al-Quran di tangannya selama sebulan sebab dia sibuk menghafal surah tersebut.

Beberapa hari sebelum hari pernikahan, suami saya datang untuk mengalunkan surah yang telah dihafalnya kepada ayah saya. Ayah saya akan suruh dia mulakan semula setiap kali dia buat kesilapan.

Suami saya mula mengalunkan surah An-Nuur dengan caranya yang tenang dan lembut. Saya dan ibu saling memandang sambil senyum dan tunggu kalau-kalau suami saya akan tersilap baca.

Tapi suami saya, lelaki baik itu, betul-betul telah menghafal surah tersebut dan tak tertinggal satu pun. Sebaik saja dia selesai, ayah saya terus memeluknya dan kata, “Hari ini aku akan kahwinkan anak perempuanku kepadamu, sebab engkau telah memenuhi maharnya dan janji engkau kepadaku…”

Dia tak membayar mas kahwin saya dengan wang ringgit, dan kami tak beli emas bernilai puluhan ribu ringgit. Dia mencukupkan saya dengan ayat-ayat dari Allah SWT sebagai sumpah janji antara kami berdua. Soalannya sekarang, soalan apa yang akan anak saya pilih sebagai mas kahwinnya nanti?

(542)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com