Artikel Pilihan
You are here: Home / SUAMI ISTERI / 10 “Survival Tips” Untuk Pasangan Pengantin Baru
10 “Survival Tips” Untuk Pasangan Pengantin Baru

10 “Survival Tips” Untuk Pasangan Pengantin Baru

Selepas akad nikah, maka mulalah hidup anda sebagai pasangan suami isteri. Bak kata orang, makan sepinggan tidur sebantal. Anda akan tahu semua benda tentang pasangan anda, dan dia pun begitu juga.

Hakikatnya, hidup bersama tak sama dengan zaman bercinta atau bertunang. Kadang-kadang, ada pasangan yang rasa susah nak sesuaikan diri. Nah kami senaraikan sepuluh tips untuk bantu anda sesuaikan diri hidup bersama dengan pasangan buat pertama kali;

1. Terima bahawa pasangan anda tak sempurna

Sebelum kahwin, mesti banyak perangai buruk yang disembunyikan. Sekarang dah nikah, dan anda sama-sama masuk ke alam pernikahan – ini bermakna masing-masing akan nampak cacat cela satu sama lain. Anda tak boleh harapkan si dia jadi seseorang yang sempurna.

2. Jangan harap si dia boleh baca fikiran anda

Pasangan anda bukan pembaca minda. Dia takkan dapat teka yang anda marah kerana anda tak suka cara dia masak sesuatu lauk untuk makan malam. Kalau nak ubah sesuatu, anda kena berbincang.

3. Jangan besarkan perkara yang remeh

Terlalu penting kah kalau dia suka tinggalkan stokin di tepi pintu? Atau dia sidaikan baju malam ini, bukan pagi esok? Tak sama dengan perancangan anda.

4. Suarakan pendapat anda tentang perkara-perkara penting

Kalau anda tak suka cara hidup atau ada tabiatnya yang betul-betul buat anda rasa marah, beritahu padanya. Bincang sama-sama. Ada benda yang tak boleh dibiarkan, lama-lama ia akan menimbulkan jurang dalam hubungan anda.

5. Belajar untuk jadi satu pasukan

Dalam satu pasukan, semua orang akan saling tolong-menolong. Bekerjasama. Bila anda satu pasukan, anda akan bekerjasama untuk pastikan matlamat perkahwinan anda tercapai.

6. Muhasabah diri

Kalau anda rasa pasangan anda suka menyakitkan hati anda, cuba muhasabah sekejap dan perika semula kalau-kalau anda tabiat anda yang sebenarnya menyakitkan hati pasangan anda.

7. Luangkan masa untuk satu sama lain

Meluangkan masa bersama-sama adalah satu-satunya cara untuk mengukuhkan hubungan anda dan wujudkan satu suasana di mana anda boleh rasa selesa untuk lepaskan perkara-perkara remah dan bincang tentang perkara-perkara penting.

8. Belajar untuk mudah memaafkan

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam hidup berumahtangga, mesti akan ada pertelingkahan. Belajar untuk lepaskan ego anda dan saling memaafkan.

9. Cari ruang untuk diri sendiri

Sekuat mana pun cinta anda, anda berdua perlu anda masa atau ruang untuk diri sendiri. Kadang-kadang anda hanya perlu bernafas sendiri dan bila berjauhan, mesti hati makin rindu, kan?

10. Letakkan garis panduan

Kalau anda tinggal dekat atau bersama dengan keluarga mertua, letakkan garis panduan untuk pastikan anda masih boleh sesuaikan diri sebagai suami isteri tanpa peranguh dari keluarga anda.

(1076)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com