Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / Perkara Perlu Tahu Tentang Pasangan Sebelum Berkahwin
Perkara Perlu Tahu Tentang Pasangan Sebelum Berkahwin

Perkara Perlu Tahu Tentang Pasangan Sebelum Berkahwin

Ada pasangan yang berkahwin setelah bercinta bertahun-tahun. Ada pasangan yang kahwin dengan kawan yang dah lama ada depan mata, tapi tak pernah sangka dia jodoh kita. Ada orang pula, kahwin dengan orang yang dia baru jumpa tiga minggu. Siapa sangka. Bak kata orang, kalau dah jodoh, tiada siapa boleh menolaknya.

Memang kita salah satu tujuan berkahwin dalam Islam adalah untuk mendapat ketenangan, tapi kebahagiaan itu takkan datang dengan sendirinya. Bila melihat calon pasangan, ingatlah, inilah orang yang akan sehidup semati dengan anda, tidur sebantal, makan sepinggan, sebolehnya sampai tua. Atas sebab ini, siapa pun dia, dari mana pun dia datang, ada beberapa perkara yang anda memang perlu tahu tentang pasangan anda sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengannya.

Latar belakang keluarga

Sebelum kahwin, ambil masa untuk kenal dengan keluarga pasangan anda. Sama ada dengan bertandang ke rumah atau melalui sesi taaruf saja, kepentingannya tetap sama. Cara dia dibesarkan, dengan siapa dia bergaul, di mana dia membesar, semua ini adalah faktor-faktor yang banyak mempengaruhi personaliti dan cara si dia berfikir. Ketahui baik dan buruknya, hobi dan cita-citanya, hubungan dia dengan keluarganya dsb. Ini penting untuk memastikan anda berdua serasi dan boleh membina kehidupan bersama kelak.

Agama

Sebenarnya, perihal agama inilah sepatutnya perlu dilihat terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Ini kerana, suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat agama.

Atas sebab ini juga, lelaki sebenarnya digalakkan berkahwin dengan perempuan yang kurang ilmu agama supaya suami dapat mendidik isteri menjadi wanita solehah. Perempuan pula tidak digalakkan berkahwin dengan lelaki yang kurang ilmu agamanya kerana perempuan bukan ketua keluarga dan kerana lebih susah mendidik lelaki yang kurang ilmu agama berbanding mendidik perempuan yang kurang ilmu agamanya.

Keadaan kesihatan

Ramai orang yang hanya mahu tunjukkan perkara yang baik-baik tentang diri mereka sendiri kepada bakal pasangan. Tabiat buruk, hutang, penyakit, semuanya sungguh-sungguh ingin disembunyikan. Sebenarnya amalan ni akan lebih banyak membawa kepada keburukan di kemudian hari. Bila semua perkara buruk terbongkar satu demi satu, dan pasangan kita pula rasa bagaikan ditipu. Kalau sedikit yang disembunyikan, mungkin masih boleh bertolak ansur. Tapi kalau sampai terlalu banyak sampai dah tak tertanggung lagi, maka akan terjadilah penceraian di usia muda.

Jadi kalau anda ada sakit kronik contohnya sakit buah pinggan atau sakit jantung yang memerlukan penjagaan yang rapi, eloklah diberitahu di peringkat awal lagi supaya pasangan anda boleh menerima anda seadanya dan boleh bersedia untuk menjaga anda setelah berkahwin nanti. Tapi yang lebih penting, jangan sembunyikan pernyakit-penyakit seperti AIDS, HIV, Thalassemia, ataupun penyakit kelamin kerana semestinya ia akan memberi kesan kepada suami atau isteri anda nanti.

Sebaliknya, berilah sokongan kepada bakal suami atau isteri jika terdapat apa-apa penyakit dan dihadapinya.

Kedudukan kewangan

Soalan berkaitan kewangan selalunya agak susah untuk ditanya, tapi ini sangat penting terutama untuk ditanya oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki kerana tanggungjawab perbelanjaan keluarga terletak di atas bahu si suami. Perempuan perlu tahu berapa gaji bakal suaminya, berapa simpanan yang dia ada, bagaimana wangnya dibelanjakan setiap bulan, berapa hutang yang dia ada (termasuk dengan kawan-kawan, keluarga, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan, PTPTN dsb).

Bakal isteri juga perlu jujur tentang kedudukan kewangan anda. Wang pendapatan seorang perempuan memang adalah hak dia sepenuhnya tapi tak ada salahnya kalau berkongsi bersama suami info tentang perbelanjaan anda. Paling penting, jangan sembunyikan mana-mana hutang yang anda ada dan bincanglah bersama cara anda akan melangsaikan hutang tersebut. Hutang yang disembunyikan atau terbiar boleh menghancurkan hubungan anda dan pasangan di masa depan.

Lagi buat isteri, jangan ambil kesempatan semata-mata tanggungjawab untuk persediaan kewangan terletak di bahu lelaki. Selepas berkahwin, salah satu tanggungjawab isteri adalah untuk menjaga harta semua. Jadi jangan ambil mudah ya!

Pelan jangka masa panjang

Ambil tahu apa cita-cita bakal suami atau bakal isteri anda, dan bagaimana dia merancang untuk mencapai cita-cita tersebut. Kalau anda berkahwin di usia muda, tentunya anda berdua perlu sama-sama bermula dari bawah. Saat inilah, penting untuk pasangan saling menyokong antara satu sama lain. Bila berkahwin, semua benda akan dikongsi bersama si dia. Susah senang, jatuh bangun semua bersama. Jadi rancanglah kehidupan anda bersama sebaiknya. Rancang perjalanan karier, keluarga, dan kewangan sekeluarga. Letakkan prioriti di tempat yang sepatutnya. Tolak ansur dan saling tolong-menolong. Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia.

Sumber gambar: Karl Fiezal

(174789)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com