Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / Kalau Benar Cinta Itu Ikhlas
Kalau Benar Cinta Itu Ikhlas

Kalau Benar Cinta Itu Ikhlas

Orang yang serius bercinta, akan serius juga dalam hal kahwin.

Dan bukti si dia serius itu bukan terletak pada ayat-ayat cinta yang manis, rajin beri hadiah, bersikap romantis dan sebagainya. Serius nak berkahwin bermaksud serius nak berkahwin.

1. Dia ada rancangan tentang bila nak bernikah dan dia akan kongsikan rancangannya itu.

2. Dia berusaha untuk buat persediaan. Dia kenalkan pasangan kepada keluarganya, dia kumpul wang, dia bina hubungan dengan keluarga bakal mertua dan adakan perbincangan antara kedua-dua keluarga untuk melangkah ke arah perkahwinan.

3. Dia takkan berhubung lama-lama dengan sia-sia, walaupun dengan “cinta islamik”.

Seorang lelaki yang faham tujuan sebenar berumahtangga, dia takkan mudah nak meluahkan perasaan atau melamar selagi rancangan untuk rumahtangga masih tak jelas. Jangan hanya cepat nak “ikat” si dia tapi hakikatnya anda hanya seronok nak ada pasangan supaya ada teman untuk bermain cinta.

Kawal perasaan, dan gunakan akal fikiran.

Kalau benar cinta kerana Allah, usahalah untuk bina rumahtangga itu demi memenuhi arahan Allah SWT. Orang yang serius mencintai pasangannya akan dapat kawal perasaannya dan berusaha untuk buktikan cintanya.

Kalau hanya nak bercinta tanpa pikul tanggungjawab, memang anda akan bercinta lama sebelum bernikah. Kalau bernasib baik, mungkin akhirnya akan nikah. Tapi ramai juga pasangan yang dah bercinta 7, 8 bahkan 10 tahun tapi akhirnya sepi. Akhirnya semua masa itu sia-sia.

Orang yang serius dengan cintanya akan serius juga buat persediaan untuk memikul tanggungjawab sebuah cinta yang diredhaiNya.

Sumber: Hilal Asyraf

(1727)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com