Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / 8 Langkah Atasi Debar Sebelum Nikah
8 Langkah Atasi Debar Sebelum Nikah

8 Langkah Atasi Debar Sebelum Nikah

Setelah pelbagai persiapan dibuat, kini hari bahagia pun tiba. Tapi aduhhh, kenapa hati ini tak henti rasa berdebar pula? Bukan takut, Cuma gemuruh bila nanti ramai mata yang asyik memerhati. Jadi macam mana nak hadapi?

Berikut kami sediakan beberapa tips untuk anda sedia hadapi saat penuh debaran ini nanti!

1. Jaga kesihatan

Sebelum lafaz akad nikah, pastikan anda dan pasangan sama-sama menjaga pemakanan dan tidur dengan cukup untuk pastikan anda segar di hari bahagia anda nanti. Gugup kadangkala terjadi pada pengantin yang kurang sihat atau yang mengalami lelah.

2. Beri sokongan

Anda dan si dia kan bakal jadi pasangan hidup, jadi apa salahnya berikan dia sokongan supaya si dia boleh tenangkan hati. Yakinkan dia walau apa pun yang terjadi, anda berdua akan laluinya bersama.

3. Pentingkan keselesaan

Di majlis akad nikah itu nanti, cari posisi duduk yang paling selesa untuk anda. Tak ada salahnya bersandar sedikit kalau itu dapat mengurangkan rasa debar di hati.

4. Tenangkan diri

Kadang-kadang suasana yang bising pun boleh buat anda semakin resah. Cuba untuk tenangkan diri di tempat yang sepi buat sementara waktu sebelum tiba saat akad nikah.

5. Kenangan Indah

Ingatlah kembali saat-saat indah anda bersama pasangan anda dan juga semua pengorbanan si dia jadi anda akan rasa lebih bersemangat untuk habiskan sisa hidup dengan dirinya.

6. Kongsi

Jangan ingat anda sorang saja rasa berdebar, si dia pun pasti sama, jadi si dia pun pasti faham apa yang sedang anda rasakan. Kongsikan perasaan anda dengan si dia.

7. Sibukkan diri

Cari aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengalihkan perhatian anda. Mungkin boleh sibukkan diri dengan persiapan atau habiskan masa dengan kawan-kawan sebelum anda bergelar suami atau isteri orang!

8. Fikir positif

Kalau anda masih rasa gugup, jangan layan sangat perasaan. Yakin yang semuanya akan berjalan lancar nanti, inshaAllah

(1022)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com