Artikel Pilihan
You are here: Home / INSPIRASI / Cinta Sejati Sampai Ke Syurga; Kisah Pasangan Ini Pasti Buat Anda Menitiskan Air Mata
Cinta Sejati Sampai Ke Syurga; Kisah Pasangan Ini Pasti Buat Anda Menitiskan Air Mata

Cinta Sejati Sampai Ke Syurga; Kisah Pasangan Ini Pasti Buat Anda Menitiskan Air Mata

Semua orang ada kisah cinta yang berbeza. Ada orang yang mencari bertahun-tahun, tapi masih tak jumpa cinta yang diingininya. Ada orang yang dah memang ada lama depan mata, tapi masing-masing tak tahu itu sebenarnya jodoh dia, ada orang yang dah jumpa, tapi masih merancang masa depan bersama.

Apa pun kisah anda, niatkan ia kerana Allah supaya ia tetap bertahan dalam hati sampai bila-bila.

Sabda Rasulullah SAW;

Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Kerana itu hendaklah dia bertakwa pada Allah untuk separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi)

Cinta dalam Islam untuk sebenarnya indah, sebab ia berjuang untuk saling melengkapi. Melalui perkahwinan lah, kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan manusia akan diuji, sebab itu ia akan menyempurnakan separuh agama bila kita usaha untuk menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin.

Memang tak mudah. Dan di zaman moden ini, jarang kita jumpa pasangan suami isteri yang sanggup buat pengorbanan seperti pasangan Kamal Effendi dan Nik Idzni Dalilla.

Mereka berjumpa ketika si isteri berada di tahun ke empat pengajian perubatan di Queen Mary University of London. Ketika berjumpa, lelaki ini kata tak mahu cari isteri seorang doktor dan hanya mahu berkahwin ketika usia masuk 30 tahun. Tapi itu semua hanya rancangan manusia. Tup tup, umur 25 tahun dah nikah!

Yang paling menyentuh hati, Nik Idzni sebenarnya adalah pesakit kanser tahap keempat dan penyakit ini telah diketahuinya ketika mula-mula berjumpa dengan suaminya. Keikhlasan dan kesungguhan cinta mereka akhirnya disatukan dengan ikatan pernikahan di Masjid Wilayah pada 27 Disember 2015.

Isterinya gigih berusaha dapatkan ijazah dalam bidang perubatan walaupun kadang-kadang kesihatan kurang mengizinkan. Selepas bekerja, wanita hebat ini bertukar-tukar peranan antara seorang doktor, jururawat dan pesakit. Ya, memang tak mudah tapi dia tetap harungi. Hatinya redha dengan ketentuan Allah sebab dia tahu dosa-dosanya akan gugur dengan setiap kesakitan yang dirasa.

To my dearest husband,
Asking you to marry me has and will always be the most selfish decision I have ever made. Being your wife for the past 210 days makes me realise how glad I am to have found you. I can never thank God enough for sending you into my life. I know some people said “she’s pretty, I’d marry her as well even though she has cancer” but they have no idea what they’re talking about. They have no idea of how much sleep you’ve lost just to make me comfortable so that I could rest, how many times you went back and forth to the hospitals and clinics when I was in pain, how you had to clean up when my tummy decided not to take in the food I ate, how you had to do the dishes and pack the leftovers because I was too tired from just cooking simple meal and the list goes on but all in all they have no idea of how it feels like to face every single day knowing that you could lose your wife anytime. I’ll be forever debited to you and I can only pray to God that He grants you the highest place in Jannah. If the day comes and I have to go, I pray that He makes you strong and with His mercy, I pray hard that we will be reunited in Jannatul Firdausi (ameen). I secretly pray that He sends you someone who will make you happy because you, out of all people deserve all the happiness in this world and the hereafter for your kindness and selflessness. Thank you for being such an amazing husband one can ask for and despite the ups and downs, the thought of being the luckiest person to be married to you never left my mind, not even for a second.

Kahwin memang tak mudah, apatah lagi bila ujian sehebat ini melanda. Si suami pun banyak pengorbanannya. Selama setahun berkahwin, beberapa kali suaminya berulang-alik ke London untuk temani isterinya yang terpaksa berkerja atau kesakitan. Dia tak pernah merasakan isterinya beban malah beruntung dapat peluang menjaga dan ada di sisi isterinya di saat-saat sukar dalam hidup mereka.

Hingga akhirnya, Idzni menghembuskan nafas terakhir pada 27 Disember 2016 yang kebetulan jatuh pada ulangtahun pertama perkahwinan mereka.

Somewhat everything feels like a dream, a temporary moment of reverie; thoughts floating with feet not quite on the ground and head is way above the clouds.

Of all days, Allah decided to take you today, on our first wedding anniversary. Who would ever thought, on the very same date after 365 days; that same hand I first time held now would be my last time to hold.

You are still as beautiful as I could remember, your soft hands and your fair skin, they never changed. The same kiss that was once felt hot because of the flush now as cold as ice.

I could not bear leaving you alone. I want to stay, but I have to accept we two now no longer exist in the same world with different time, different currency. I am pretty sure your place is better than mine.

If you were still here today, you know how much I will spoil you with love on our anniversary. The present that I spent time making now is for myself to keep, but it’s okay, we already make a promise, when you in heaven, please look for me, I’ll be waiting for you too. You will always be my first love and truest soul mate.

Happy first anniversary sayang, much love from a far, I love you, always.

Ever thine, ever mine, ever ours.

Alhamdulillah ala kullihal.

Bila baru tahu tentang sakitnya, Idzni tak marah-marah atau tunjuk rasa kecewa pada Tuhan. Dia berubat dan kemudian tetap teruskan pengajiannya. Dia pergi setelah berjuang habis-habisan untuk mempertahankan hidupnya. Dan dia pergi diiringi kasih sayang dan cinta dari ibu bapa, adik beradik, suami, dan kawan-kawannya.

Inna lillahi wa inna lillahi raji’un.

(4040)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com