Artikel Pilihan
You are here: Home / TRENDING / Surat Cinta Untuk Aleppo
Surat Cinta Untuk Aleppo

Surat Cinta Untuk Aleppo

Bila orang yang kita sayangi sakit, kita bawa dia ke klinik, pastikan dia dapat rawatan dan sediakan ubat. Kita akan pastikan dia makan ubat dan sihat sepenuhnya dalam masa yang singkat. Mungkin kita tak sedar, sebenarnya ini satu “kemewahan” yang ramai orang tak dapat.

Hari ini, ramai saudara kita di Syria yang hidup tanpa akses kepada air bersih, rawatan perubatan, pendidikan. Ini semua bukti bahawa masyarakat dunia dah gagal tangani masalah yang digelar sebagai “krisis kemanusiaan paling teruk di masa ini”.

Bila seseorang cedera, dia sepatutnya boleh dapat kemudahan perubatan yang baik. Tapi lain pula di Aleppo. Banyak hospital telah musnah and mereka terpaksa melakukan prosedur perubatan kecemasan di bangunan-bangunan terbiar. Tambah lagi, bila mereka meninggalkan bangunan-bangunan ini, mereka tak semestinya selamat. Nyawa mereka masih terancam.

Beberapa minggu ini banyak tempat berteduh dan hospital-hospital yang telah dimusnahkan, meninggalkan lebih 100,000 orang awam tanpa tempat berlindung. Orang yang sakit tak dapat diubati. Bekalan makanan dan air yang terhad menjadikan situasi di sana semakin kronik sehingga populasi yang tak cedera pun ada risiko untuk mati kebuluran.

Sementara pemimpin-pemimpin politik dunia terus memikirkan dan merunding cara bagaimana untuk tangani konflik ini, ada satu generasi kanak-kanak yang sedang membesar dalam persekitaran yang membuat mereka rasa yang dunia ini tak punya apa-apa untuk mereka selain derita. Kanak-kanak ini hidup hari ini sambil merasa yang mereka tak layak hidup, dan mereka tak ada masa depan. Kalau bukan kita yang bantu mereka, siapa lagi?

Masa untuk selamatkan saudara kita di Aleppo semakin suntuk. Tanggungjawab ini di bahu kita. Anda pun boleh bantu selamatkan masa depan mereka. Maklumat lanjut tentang bantuan boleh didapati di sini.

Ini saudara kita. Jadi kalau bukan kita, siapa lagi?

(81)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com