Artikel Pilihan
You are here: Home / TRENDING / ‘Kombo SANTAN AirAsia’ kini dari serendah RM10!
‘Kombo SANTAN AirAsia’ kini dari serendah RM10!

‘Kombo SANTAN AirAsia’ kini dari serendah RM10!

AirAsia telah melancarkan ‘kombo SANTAN’ terbaru, yang terdiri daripada pilihan makanan yang menyelerakan serta minuman percuma kini tersedia untuk pra-tempah dengan harga baru serendah RM10 untuk penerbangan AirAsia Berhad (AK), dan dari RM15 untuk penerbangan AirAsia X Berhad .

Para tetamu yang membuat pra-tempah makanan kombo SANTAN akan menikmati nilai yang lebih hebat kerana kini para tetamu boleh memilih pelbagai pilihan minuman seperti air berkarbonat yang menyegarkan, air mineral atau kopi.

santan 2

Bagi para tetamu yang membuat pra-tempah online, anda diberi pilihan dengan lebih 15 jenis makanan yang tersedia dan makanan mereka akan dihidangkan dahulu.

Antara pilihan makanan baru untuk Kombo SANTAN adalah hidangan makanan Ayam Berinti Southwest sempena perayaan Hari Natal. Hidangan enak ini dibuat dengan dada ayam panggang yang disumbat dengan lada benggala merah dan bawang berkaramel, dan dihidangkan dengan sos keju berkrim jalapeno bersama kentang panggang.

santan 3

Manakala para tetamu dengan penerbangan AirAsia X Berhad boleh pra-tempah makanan ‘Grandma’s Chicken Pie’ yang juga sebahagian daripada hidangan baru ‘Makanan Kombo’. Dipadatkan dengan ayam cincang yang lazat, dilapisi dengan kentang putar berkrim dan dihidangi bersama brokoli dan lobak merah.

santan 4

Kombo SANTAN ini mempunyai lebih 15 pilihan makanan pra-tempah dari pelbagai hidangan negara Asean mahupun masakan antarabangsa. Hidangan panas seperti Nasi Dagang dengan Kari Ayam, Nasi Lemak Pak Nasser, Biryani Ayam Masala Ashok dan banyak lagi sedia untuk pra-tempah bagi kesemua penerbangan AirAsia Berhad. Manakala bagi AirAsia X Berhad, tetamu boleh pra-tempah hidangan panas seperti Roti Paratha dengan Kari Ayam, Nasi Kerabu dan banyak lagi.

santan 5

Para tetamu boleh membuat pra-tempahan makanan sehingga 24 jam sebelum jadual waktu perlepasan mereka di airasia.com melalui tab ‘Urus Tempahan Saya’.

Baca: Guna 4 Langkah Ini Untuk Rancang Bulan Madu Dengan Bajet Terhad

Tak sabar nak nikmati? Jom tempah #AirAsiaFreeSeat sekarang di laman web AirAsia !

button-banner

(109)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com