Artikel Pilihan
You are here: Home / TAZKIRAH / Sayangi Orang Di Sekeliling Anda, Bukan Harta Benda
Sayangi Orang Di Sekeliling Anda, Bukan Harta Benda

Sayangi Orang Di Sekeliling Anda, Bukan Harta Benda

Allah SWT berfirman bahawa Dia telah menjanjikan kita Syurga dan segala macam keindahan bila kita mendengar perintahNya. Tapi apa yang jadi bila kita biarkan Syaitan mengganggu perjalanan kita? Apa yang jadi bila keluarga yang kita bila hancur disebabkan bisikan Syaitan?

Hakikatnya Allah SWT sudah memberi amaran bahawa kita akan diuji:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (QS Al-Baqarah 2:155)

Dan juga;

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (QS Al-Anfaal 8:28)

Sepanjang hidup kita, Syaitan akan sentiasa memperdayakan kita. Syaitan akan buat anda percaya bahawa kejayaan dan harta dunia adalah segala-galanya. Dia akan buat anda rasa hidup anda lengkap bila anda kaya dan dikagumi oleh orang ramai.

Sedangkan kejayaan kita sepatutnya diukur apa yang digariskan oleh Allah SWT.

Jadi kenapa anda boleh menerima bisikan Syaitan dan ingkar pada Allah SWT sedangkan Allah dah janji bahawa hanya Dia yang boleh berikan kita kejayaan yang sebenar. Kerja utama Syaitan adalah untuk menyesatkan manusia, dan ia bermula dari hubungan sesame keluarga.

Hubungan keluarga yang tak stabil akan memecahbelahkan masyarakat dan mengakibatkan hilangnya nilai-nilai Islam yang sebenar. Syaitan tak semestinya perlu putuskan hubungan kekeluargaan; dia cuma perlu melalaikan anda dengan harta, kemasyuran dan kejayaan. Bila anda ada kereta besar, rumah cantik, dan gajet-gajet terkini. Syaitan akan pastikan anda ghairah mengejar harta dunia hingga lupakan Allah SWT.

Tapi bila sampai Hari Pengadilan, Syaitan tak akan ada dengan anda. Dia hanya akan bersorak bila berjaya sesatkan manusia.
Jadi kenapa ada orang yang masih mahu mengikut perkara lain selain Allah SWT? Dalam hidup ini, Syaitan akan buat anda rasa seakan-akan anda dah ada segalanya sampai anda tak perlukan Tuhan lagi. Tapi di Akhirat nanti, anda akan terdiri di kalangan orang-orang yang kalah.

Pengajarannya, yakin pada Allah. Lindungi rumah dan keluarga anda dari perangkrap Syaitan. Ajarkan keluarga anda nilai-nilai kasih sayang dan Islam, bukan nilai harta benda.

Baca Al-Quran di setiap masa lapang and sentiasa minta ampun dari Allah SWT serta ikut perintahNya. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita akan pulang.

(667)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com