Artikel Pilihan
You are here: Home / TRENDING / 8 Sebab Kenapa Lelaki Suka Beristerikan Perempuan Seperti Warda Erina
8 Sebab Kenapa Lelaki Suka Beristerikan Perempuan Seperti Warda Erina

8 Sebab Kenapa Lelaki Suka Beristerikan Perempuan Seperti Warda Erina

Beberapa minggu ni Malaysia seakan “demam” dengan drama Tv bertajuk Suri Hati Mr Pilot yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Neelofa. Mana taknya, kedua-dua bintang yang lahir dari pertandingan Hero Remaja dan Dewi Remaja anjuran majalah Remaja ini sama cantik, sama pandan. Dua-dua masih muda tapi dah bekerjaya, sesuai sangat dengan watak yang dibawa. Sampaikan ramai yang “angau” dan nak suami seperti Ejaz Fakri dan isteri seperti Warda Erina.

Walaupun ramai yang merasakan konflik yang berlaku dalam rumahtangga mereka sebenarnya disebabkan oleh sikap berahsia Warda, tapi ramai lelaki masih tergila-gilakannya. Sebenarnya, Warna Erina ni ada banyak ciri-ciri isteri idaman lelaki. Apa dia ya?

1. Berdikari

Suaminya bekerja sebagai pilot, jadi Warda selalu ditinggalkan berseorangan. Walaupun begini, Warda tak pernah merengek malah sentiasa beri sokongan dan beri semangat pada suaminya untuk melakukan tanggungjawabnya.

Sepanjang ketiadaan suaminya, Warda pandai jaga diri. Kadang-kadang tinggal sendiri, kadang-kadang pulang ke rumah keluarganya. Apa-apa pun, dia pasti “survive”!

2. Sentiasa jaga penampilan diri

Tengoklah babak mana pun, tak ada yang tak cantik! Sama ada di rumah, berjalan-jalan, di tempat kerja, Warda sentiasa nampak kemas dan menarik. Tak perlu bersolek tebal pun, penampilannya tetap kemas dan bersih. Bak kata orang, sejuk mata memandang.

3. Boleh mengaku salah sendiri

Semua orang pernah buat silap. Sama juga dengan Ejaz, dan sama juga dengan Warda. Silap pertama Warda adalah bila dia pilih untuk utama cinta pertamanya, Muslim, dari ibu bapanya sendiri. Tapi bila dia dah balik dan kemudian berkahwin dengan Ejaz, Warda tetap mengaku salahnya, minta maaf dan janji untuk tebus semula kesilapannya.

4. Jaga makan minum suami

Dari awal perkahwinan hingga perpisahan sementara mereka, walau semarah mana pun hatinya pada suaminya, Warda tetap akan pastikan makan minum suaminya terjaga dan terhidang sebelum dia keluar ke tempat kerja. Mana suami tak sayang!

5. Berkerjaya

Walaupun dibuang keluarga, alhamdulillah Warda masih berjaya bina hidupnya sendiri. Semasa mula-mula bertemu dengan Ejaz, lelaki itu bekerja sebagai seorang pilot, manakala Warda pula seorang engineer yang selalu ke luar negara.

6. Pandai menangi hati keluarga suami

Selepas beberapa bulan berkahwin, baru Warda tahu yang sebenarnya nenek Ejaz tak suka padanya.

Dalam situasi ini, ada isteri yang memilih untuk terus menjauhkan diri. “Biarlah dia tak suka aku, dia bukan suami aku pun…”. Hakikatnya kita perlu berkeluarga. Jadi Warda pun mengambil langkah matang untuk usaha menangi hati keluarga suaminya dengan pelbagai cara. Akhirnya, berjaya juga!

7. Usaha jaga hati suami

Walaupun ramai yang tak setuju dengan tindakan Warda untuk merahsiakan masalah yang dihadapinya dari Ejaz, sebenarnya niat Warda hanyalah untuk menjaga hati suaminya suapa Ejaz tidak perlu risau dengan perkara yang dianggap remeh.

8. Setia

Walaupun berpisah selama 4 tahun dengan suaminya dan terpaksa susah payah membesarkan anak seorang diri, Warda tetap setia dengan cinta terhadap suaminya, Ejaz Fakri.

Sumber gambar: Fav Drama

(9503)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com