Artikel Pilihan
You are here: Home / TAZKIRAH / Jangan Putus Asa, InshaAllah Jodohmu Tetap Ada
Jangan Putus Asa, InshaAllah Jodohmu Tetap Ada

Jangan Putus Asa, InshaAllah Jodohmu Tetap Ada

Dah puas mencari. Dah ramai yang ditemui, tapi setelah beberapa bulan, masih belum jumpa calon yang sesuai. Jadi nak buat apa ni?

Dalam situasi ini, ingat firman Allah SWT ini;

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (QS Al-Faatihah 1:5)

Memang mengecewakan perasaan bila anda betul-betul nakkan sesuatu dan dah usaha tapi masih tak dapat. Bila ini terjadi, jangan putus asa dengan rahmat Allah SWT.

Anda tak tahu bila masanya sesuatu akan terjadi. Boleh jadi jodoh anda sudah ada dalam hidup anda sekarang, cuma anda tak tahu siapa orangnya. Atau mungkin odoh anda akan muncul dalam hidup anda hari ini atau esok, dan anda akan berkahwin dalam masa beberapa bulan saja lagi.

Anda tak tahu perjalanan hidup yang Allah SWT tuliskan untuk anda. Contohnya boleh dilihat dalam suatu kisah yang terjadi di zaman Rasulullah SAW;

Julaibib dulunya dikenali sebagai “Si Hodoh” kerana mukanya yang hodoh, rambutnya kerinting, dan dia ada bonggol di belakangnya. Dia memakai selipar yang buruk. Hidupnya cuma berteduh di bawah pokok, dan dia tidur berbantalkan lengan.

Akhirnya Rasulullah SAW dapat tahu tentang Julaibib dan keinginannya untuk berkahwin. Baginda pun memerintahkan Julaibib unuk pergi ke mana-mana rumah yang dikehendakinya, pilih anak perempuan terbaik dari rumah itu dan lamarnya.

Julaibib mengikut perintah itu dan pinangannya diterima. Dia berkahwin dengan orang yang berlawanan sifat dengannya. Dia sendiri dikenali sebagai “Si Hodoh” tetapi hasil kesabaran, usaha dan harapan yang tinggi kepada Allah SWT, dia telah diberi ganjaran isteri dari kalangan sahabat Rasulullah SAW yang paling cantik.

Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman bahawa Dia telah memberi agama dan takdir kita, tapi terpulang pada kita untuk memegang iman kita dan terus berusaha dan memohon pertolongan kepada Allah SWT sebanyak yang boleh.

Jadi berpeganglah pada harapan ini. Berpeganglah pada solat anda. Berpeganglah pada doa anda. Berpeganglah pada iman dan ihsan dalam hati anda. InshaAllah bila anda terus berusaha, selepas setiap ujian dan kesakitan, pintu-pintu kesenangan akan terbuka untuk anda.

(4876)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com