Artikel Pilihan
You are here: Home / TAZKIRAH / Tinggalkan Sesuatu Kerana Allah, Dan Allah Akan Gantikan Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik
Tinggalkan Sesuatu Kerana Allah, Dan Allah Akan Gantikan Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik

Tinggalkan Sesuatu Kerana Allah, Dan Allah Akan Gantikan Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik

Allah SWT menguji sesiapa yang dikehendakiNya untuk menaikkan darjat kita di Dunia dan di Akhirat nanti. Melalui ujian-ujian inilah, dosa kita akan ditebus. menguji siapa yang Dia suka untuk menaikkan pangkat mereka di dunia dan di akhirat.

Melalui ujian-ujian inilah, kita kembali ingat kepada Allah SWT. Melalui ujian-ujian inilah, Allah SWT memberi kita rahmat untuk masuk ke SyurgaNya.

Nabi Muhamad SAW bersabda;

“Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah SWT bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya muka Allah” (HR Tirmidzi)

Bila ujian datang, jangan fikir yang Allah SWT jauh dari kita sedangkan kita tahu bahawa orang-orang yang paling dicintai Allah SWT – para Nabi – pun pernah melalui pelbagai ujian yang sangat hebat.

Bila diuji, para Nabi semuanya bergantung harap pada Allah SWT. Mereka tak pernah putus asa dengan rahmat Allah dan ternyata Allah SWT tak pernah mengecewakan mereka. Dia memberi balasan yang baik bukan hanya di Dunia tapi juga di Akhirat sana.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (QS Al-Baqarah 2:214)

Sebagai contoh, ketika Nabi Ibrahim AS mengajak kaumnya untuk meninggalkan sembahan berhala, ayahnya sendiri telah mengugut untuk merejamnya dengan batu jika dia teruskan ajakannya itu.

Dari kisah beliau, kita dapat lihat hasil dari kesabaran yang tebal. Bila Nabi Ibrahi AS terpaksa meninggalkan ayah dan kaumnya demi Allah SWT, Allah SWT memberi ganjaran kepada Nabi Ibrahim AS dalam bentuk anak-anak yang soleh yang membesar menjadi para Nabi.

Allah SWT juga memberikan Nabi Ibrahim AS penghormatan yang sangat tinggi. Sehingga hari ini, Nabi Ibrahim selalu disebut dengan pujian oleh kerana penghormatan yang Allah SWT telah beri padanya.

Sesungguhnya bila kita tinggalkan sesuatu kerana Allah, Allah SWT akan menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Antara ujian lain yang pernah dilalui oleh Nabi Ibrahim AS adalah bila beliau dibuang dke dalam gaung api yang sangat besar oleh kaumnya sendiri. Bila ini terjadi, Nabi Ibrahim AS hanya berkata, “HasbuAllaahiwan’am al wakil” yang bermaksud, “Cukuplah Allah bagiku, Dialah sebaik-baik pelindung”.

Kerana hatinya betul-betul berpegang pada kalimat ini, Allah SWT telah menjadi api itu sejuk hingga ia langsung tak menyakitkannya. Ketika orang lain berpakat untuk mencederakannya, Allah telah melindungi hambaNya.

Sebagaimana firman Allah SWT;

Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ” Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya). (QS Al-Anbiyaa 21: 69-70)

Ada banyak lagi ujian yang terpaksa dihadapi oleh Nabi Ibrahim AS. Tapi disebalik setiap ujian itu, tujuannya tetap sama – Allah SWT menguji hamba-hambaNya yang beriman untuk menaikkan darjat mereka di Dunia dan Akhirat.

Bertakwalah kepada Allah SWT, dan lihat bagaimana Allah mengatur hidupmu sebagaimana Dia mengatur hidup Nabi Ibrahim AS yang dikasihiNya.

(4640)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com