Artikel Pilihan
You are here: Home / TAZKIRAH / Wahai Lelaki! Ketahuilah Ini Sebabnya Wanita Diciptakan Untukmu
Wahai Lelaki! Ketahuilah Ini Sebabnya Wanita Diciptakan Untukmu

Wahai Lelaki! Ketahuilah Ini Sebabnya Wanita Diciptakan Untukmu

Saat sebuah perkahwinan sedang diraikan, dalam semua warna warni dan kerlipan cahaya, pernah tak anda berhenti sebentar dan tanya, sebenarnya apa tujuan perkahwinan dalam Islam?

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS Ar-Ruum 30:21)

Dalam ayat ini Allah SWT memberitahu kita bahawa Dia telah menciptakan kita berpasangan-pasangan supaya kita boleh menjadi sumber ketenangan dan kasih sayang untuk satu sama lain.

Dalam ayat lain Allah SWT berkata;

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (QS Al-Baqarah 2:187)

Ini menunjukkan bahawa Allah SWT telah menciptakan kita supaya kita dapat melindungi satu sama lain sama seperti pakaian yang melindungi tubuh kita. Pakaian kita menyembunyikan cacat cela kita, ia mencantikkan penampilan kita dan ia dekat dengan kita bila dipakai.

Sepatutnya beginilah hubungan suami isteri. Suami atau isteri kita ada untuk kita sama-sama dapat saling menutup kesalahan, untuk menjadi rapat antara satu sama lain dan untuk saling mencintai dan menyokong satu sama lain.

Perkahwinan dalam Islam membolehkan memenuhi keperluan fizikal yang merupakan fitrah manusia. Ia membenarkan kita untuk mewujudkan keluarga sendiri.

Allah SWT berfirman;

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal (QS Al-Nahl 16:72)

Bila kita berkahwin, lebih mudah untuk kita berpuas hati dengan cinta dan kebahagiaan hidup berkeluarga.

Rasulullah SAW bersabda;

Apabila seorang hamba (manusia) telah berkahwin , maka ia telah menyempurnakan separuh agama , kerana itu hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam untuk separuh lagi agamanya (HR Al-Bayhaqi)

Bila kita membesar menjadi dewasa dan berdikari, kita akan ada rasa ingin cuba dan alami perkara baru. Semangat dan keinginan baru ini boleh disalurkan ke cara yang positif atau negative. Sebelum ia pergi ke arah yang negative, Islam menggalakkan perkahwinan.

Sabda Nabi Muhamad SAW;

“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu bernikah, maka nikahla kerana nikah akan dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluannya.” (HR Bukhari)

Perkahwinan dalam Islam memberikan kita banyak manfaat, antaranya melindungi kita dari melakukan dosa-dosa tertentu. Inilah sebabnya separuh agama kita akan lengkap dan dilindungi dari perbuatan haram yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

(6564)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com