Artikel Pilihan
You are here: Home / TAZKIRAH / Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Ibu kita mengandungkan kita dan kemudian bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. Ayah kita pun mencari rezeki, mendidik, dan sentiasa berkorban untuk kita. Semua orang tahu yang jasa ibu bapa tak terkira banyaknya. Dari saat kita lahir hingga besar panjang, mereka sentiasa ada dengan kita.

Walaupun ada masanya kita tak sependapat dengan ibu bapa kita, tapi mereka tetap sayang kita lebih dari segala-galanya dan bila kita susah, mereka orang pertama yang akan bantu kita.

Semua orang tahu tentang hadis di mana Rasulullah SAW ditanya oleh seorang pemuda tentang siapa yang lebih berhak keatasnya (pemuda itu) dan Rasulullah SAW menjawab “ibumu” tiga kali.

Tapi tak ramai yang tahu tentang hadis yang menakjubkan ini:

Ibn Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berkata;

“Setiap kali seorang anak soleh melihat ibu bapanya dengan kasih sayang, dia akan dapat pahala dari Allah sama dengan pahala satu Haji yang diterima” Orang-orang bertanya: “Wahai Nabi SAW, bagaimana jika seseorang melihat ibu bapanya dengan cinta dan kasih sayang sebanyak seratus kali?” Nabi SAW berkata: “Ya memang, walaupun seseorang berbuat demikian seratus kali, dia akan dapat seratus kali pahala. Allah SWT adalah jauh lebih besar dari apa yang kamu bayangkan dan benar-benar bebas dari fikiran yang sempit”

(HR Muslim)

Beruntunglah mereka yang pandai mengambil kesempatan untuk mendapat pahala Haji yang diterima setiap hari.

Sama ada anda sudah berkahwin ataupun tidak, ibu bapa tetap boleh menjadi kunci dan jalan untuk kita ke Syurga.

Jangan sekali-sekali anda berkata buruk tentang ibu bapa mereka, tak kira sama ada mereka masih ada di dunia ataupun tidak. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

Sumber: Google

(777)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com