Artikel Pilihan
You are here: Home / WEDDINGS / Mudahkan Pernikahan, Meriahkan Sambutan
Mudahkan Pernikahan, Meriahkan Sambutan

Mudahkan Pernikahan, Meriahkan Sambutan

Saat kita bernikah selalu digambarkan sebagai detik paling indah dalam hidup kita. Bila cinta akhirnya bersatu, dan akad menghalalkan semuanya. Pasti indah nanti kan?

Jadi ramai di antara kita yang angankan majlis yang indah untuk mengabdikan saat ini nanti. Mesti nak tempat sempurna, makanan yang enak, baju bagaikan anak raja, kek perkahwinan yang cantik dan tinggi, bunga tangan yang sepadan, kereta mewah untuk meraikan pasangan mempelai, baju sedondon untuk seisi keluarga, kad jemputan yang unik, dan doorgift yang pasti buat tetamu sentiasa teringat majlis anda nanti.

Bila ada keluarga yang meletakkan majlis mewah sebagai syarat untuk bernikah, ada lelaki yang bekerja keras cari pendapatan sampingan untuk cukupkan wang. Tapi tak kurang juga yang hanya menunggu rezeki datang, atau buat pinjaman untuk cukupkan belanja.

Seeloknya sebelum ambil tindakan sebegini, sabar dulu. Fikir semula, sebenarnya, perlukah semua ini?

Sabda Nabi SAW; “Apabila seorang hamba itu bernikah, maka telah sempurnalah separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah untuk separuh yang lain.” (Riwayat Al-Hakim dan At-Thabrani)

Bila nikah menjadi susah, zina menjadi mudah. Jadi cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengikut ajaran Nabi Muhamad SAW.

Anas RA berkata, “Nabi Muhamad SAW tinggal selama tiga hari di suatu tempat di antara Khaibar dan Madinah, di mana baginda bersama dengan Safiyah Binti Huyay sebagai isteri Baginda. Aku menjemput umat Islam ke sebuah jamuan yang tidak ada daging atau roti. Nabi SAW memerintahkan lapik makanan yang diperbuat daripada kulit supaya ditebarkan, dan kurma, yogurt dan mentega disediakan di atasnya, dan itulah majlis walimatul urus Nabi SAW.” (HR Bukhari)

Kalau anda mampu, tak ada salahnya anjurkan majlis perkahwinan yang meriah, tapi ukur baju di badan sendiri. Jangan sampai berhutang semata-mata untuk anjuran majlis perkahwinan yang serba mewah.

Jadi macam mana rasa nak mudahkan majlis pernikahan?

1. Jemput keluarga yang terdekat sahaja
2. Senaraikan nama keluarga dan kawan-kawan yang anda mahu jemput ke majlis anda
3. Kalau anda mampu, jemputlah seramai mana yang mahu dan berilah mereka makanan yang enak-enak. Tapi kalau tidak, tak ada salahnya kalau sekadar hidangkan para tetamu dengan kek dan air panas.
4. Ada pasangan yang terus berbincang siap-siap dengan keluarga masing-masing. Beritahu keluarga anda apa lagi yang anda perlukan untuk majlis perkahwinan anda nanti dan mereka akan sediakan sebagai hadiah perkahwinan anda. Dengan cara ini, pasangan pengantin dapat kurangkan beban kewangan.

Lagipun, walaupun anda memang mampu dari segi kewangan, kan lebih baik kalau wang itu dikongsikan dengan orang-orang yang lebih memerlukan? Kalau bajet majlis dapat dikurangkan, anda boleh dermakan wang tersebut kepada badan-badan kebajikan sebagai hadiah kepada diri sendiri. Semoga pahala ini berpanjangan, dengan izinNya.

Boleh juga anda gunakan wang tersebut untuk bantu pasangan lain yang nak berkahwin tapi tak mampu.

Elakkan membazir. Lepas dah kahwin pun, masih banyak perkara yang perlukan wang. Kan lebih baik wang itu digunakan untuk membeli rumah, kereta, perabot, atau trip bulan madu untuk eratkan suami isteri?

(2918)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com