Artikel Pilihan
You are here: Home / SUAMI ISTERI / Ramadan Eratkan Hubungan Suami Isteri
Ramadan Eratkan Hubungan Suami Isteri

Ramadan Eratkan Hubungan Suami Isteri

Ramai yang tak sedar, tapi bersahur dan berbukan bersama sebenarnya dapat mengukuhkan peranan suami sebagai pemimpin dan isteri sebagai pengurus rumah tangga. Allah SWT turut memberikan pahala istimewa kepada kita kalau kita dapat jalankan dua ibadat ini dengan sempurna.

Makan bersama adalah salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kasih sayang, lebih-lebih lagi buat pasangan yang selama ni sibuk dengan kerja atau pelajaran. Nah, ambil peluang buka puasa ini untuk gembirakan hati pasangan anda.

Sekali sekala, ajaklah si dia makan bersama di luar jadi anda berdua tak perlu risau siapa perlu masak, basuh pinggan dan sebagainya. Hari-hari lain pula, rancanglah tugas anda berdua supaya semuanya sama-rata dan masing-masing dapat saling memahami.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama adalah;

1. Rancanglah siapa yang bangun awal pagi, sama ada suami atau isteri, agar ada masa untuk memasak (jika sanggup memasak untuk sahur) atau memanaskan lauk-pauk yang telah dimasak semasa berbuka hari sebelumnya. Bagi para isteri, berikanlah tugas kepada suami untuk set alarm setiap malam.

2. Rancanglah waktu memasak untuk berbuka puasa, terutamanya untuk para suami yang sentiasa sibuk dengan kerja di pejabat. Masakan air tangan isteri ini, pasti akan dapat menguatkan ikatan suami isteri dan kekeluargaan.

3. Tuliskan doa berbuka puasa di dinding bilik makan dan bacalah bersama-sama semasa berbuka. Alangkah indahnya, suami yang selama ini jarang makan bersama, mengaminkan bacaan doa itu.

4. Sebelum bersahur juga, pastikan semua orang sudah ada di meja makan. Elakkan cara “siapa cepat dia dapat”. Amalan ini tak member kesan positif falam menegratkan hubungan kekeluargaan.

5. Dengan peluang makan bersama (sahur dan berbuka) sebulan penuh di bulan Ramadan ini, secara tak langsung, anda berdua boleh eratkan semula ikatan kasih sayang.

Selamat menjalani ibadah Ramadan!

(5659)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com