Artikel Pilihan
You are here: Home / REMAJA / Nak Kahwin Atau Tak?
Nak Kahwin Atau Tak?

Nak Kahwin Atau Tak?

Hati adalah raja bagi seluruh anggota tubuh badan. Bila baik hatinya, maka baik lah. Bila buruk hatinya, maka buruklah seluruh anggota. Daripada hati lah terbitnya rasa cinta, dan dari situ akan datanglah rasa cinta pada Pencipta.

Seperti yang disebut dalam hadis riwayat Ahmad dan Ad-Darimi, “Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati”.

Namun, sebelum kita meletakkan seluruh kepercayaan kepada hati, tepuklah dada, tanyakan pada diri, di mana iman kita? Sebelum kita membuat sesuatu keputusan, penting untuk kita tanya hati dahulu, tapi hati-hati dengan hati.

Nabi s.a.w. ada menyebut ““Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sebelum bertanya pada hati, penting untuk kita dulu memandu hati kita ke jalan Allah s.w.t. Kerana hati ini ada kecenderungan yang terbahagi antara dua – kebaikan dan kejahatan. Penting untuk kita dulu pastikan hati kita bersih. Penting untuk kita dulu pastikan hati kita bukan sedang dikuasai nafsu. Emosi juga kadang kala mengaburi akal.

Kalau Cinta Ikut Hati

Pepatah melayu ada mengatakan, “Kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Tapi kalau kita sebut ikut hati, sebenarnya kita ikut kata siapa? Maka atas sebab ini kita perlukan ilmu, perlukan iman dan persekitaran yang baik untuk mendidik hati, lebih-lebih lagi bila melibatkan soal jodoh dan perkahwinan. Jangan biarkan emosi mengaburi akal.

Islam ini agama realiti dan bukan fantasi. Pentingnya untuk tanya hati dulu, tapi hati-hati juga dengan hati. Hati yang gelap akan tenang dengan sesuatu yang buruk, manakala hati yang bersih akan tenang dengan sesuatu yang baik. Carilah yang sejuk mata apabila melihat diri dia, sejuk hati lihat akhlak dia

Sebagai insan, naluri ingin memiliki dan suka untuk dimiliki adalah fitrah. Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri ini. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah atau berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.

Kalau belum cukup matang dan belum mampu tamping tanggungjawab, jangan berkahwin lagi walaupun hati itu meronta-ronta nak kahwin, kasihan pada pasangan kita nanti. Sebab apa yang kita lihat pada dia sebelum dan selepas kahwin sangat berbeza

Tanggungjawab sebuah perkahwinan itu berat. Maka jika belum sampai waktunya, tundukkan naluri di hati itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya.

(29847)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com