Wanita bujang wajib taat kepada ibu bapanya. Jika dia melawan kata-kata ibu bapa, maka dia boleh dikatakan sebagai anak yang derhaka. Selagi arahan ibu bapa tidak melanggar syarak, maka arahan itu patut dipatuhi.

Setelah berumahtangga, ketaatan seorang wanita beralih kepada suaminya. Isteri hendaklah taat kepada suami dan hal ini adalah wajib. Selagi arahan tersebut tidak menyalahi syarak, isteri wajib taat kepada suaminya dalam apa juga keadaan.

Jika seseorang wanita itu menerima dua arahan berbeza iaitu satu arahan daripada ibu bapa dan satu lagi arahan daripada suami, maka dia wajib patuh pada arahan suami. Berbincanglah dengan ibu bapa secara penuh hikmah. Hal ini supaya tidak timbul perselisihan antara kedua-dua belah pihak.

Isteri yang taat pada suami dan dalam masa sama berbuat sehabis baik kepada ibu bapanya, maka dialah wanita yang mempunyai kesempurnaan iman.

Biarpun isteri wajib mentaati suami pada setiap masa, pun begitu jika arahannya bertentangan dengan syariat, isteri dibolehkan jika tidak taat. Misalnya suami minta isteri buka aurat kala berada di luar rumah. Isteri patut terangkan kepada suami dengan cara yang tidak memperkecilkan martabat suami.

Isteri juga disaran supaya tidak mengecilkan hati ibu bapa. Taatlah kepada perintah ibu bapa namun dalam masa yang sama jangan letakkan suami di belakang. Kena bijak mengatur dan menyusun tindakan anda supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati.

Komen anda