Wanita memerlukan seorang lelaki yang mempunyai kriteria hebat supaya dirinya kekal dalam lingkungan penjagaan rapi. Ianya meliputi faktor dalaman iaitu emosi dan luaran iaitu fizikalnya. Lelaki yang hebat pasti menjaga pasangannya sebaik mungkin.

Mencari bakal suami yang benar-benar bertanggungjawab bukanlah mudah. Ada lelaki yang mengambil kesempatan dengan kesenangan wanita. Dengan harapan dia tidak perlu memberikan nafkah kepada wanita yang dinikahi.

Justeru, jika anda berjumpa dengan lelaki yang mempunyai empat ciri-ciri ini, insya-ALLAH dia boleh jadi suami yang baik untuk anda.

1) SENTIASA MENUNAIKAN SOLAT PADA AWAL WAKTU

Jika si dia mementingkan solat, maka itulah calon terbaik untuk dijadikan pasangan. Ini kerana, dia amat menitikberatkan agama dan tidak melengah-lengahkan suruhan ALLAH. Jika si dia amat mengambil berat soal solat, sudah pasti dia akan turut ambil berat mengenai anda sebagai pasangannya nanti.

Senang kata, kalau tanggungjawab pada Tuhan pun dia sambil lewa, anda rasa dia akan ambil kisah tanggungjawab pada anda?

2) SELALU MEMBERI SEDEKAH KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN

Orang yang suka bersedekah menunjukkan ciri-ciri individu yang suka membantu dan menggembirakan orang lain. Mereka tidak kedekut memberikan orang lain sumbangan berupa wang atau barang. Jadi, jika anda menjadi pasangannya sudah pasti anda juga turut mudah diberikan nafkah.

3) SANGAT MENGHORMATI ORANG TUA

Orang yang hormat kepada orang tua selalunya dididik dengan betul oleh ibu bapanya. Individu sebegini bercakap dengan lemah lembut dan mempunyai perwatakan sopan. Justeru, sudah pasti dia akan turut menghormati ibu bapa anda. Sekali gus dia turut akan menghormati anda sebagai isteri dan juga sebagai seorang wanita.

4) PANDAI CARI DUIT

Jangan lepaskan individu yang bijak mencari duit dengan cara yang halal. Orang sebegini selalunya tidak hanya berpuas hati dengan gaji bulanan, sebaliknya cuba memenuhi keperluan dengan cara lain misalnya bisnes kecil-kecilan. Justeru jika anda berkahwin dengannya, insya-Allah anda boleh mengharapkan si dia untuk menyediakan keperluan bakal keluarga yang dibina. Lagipun ini adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk menafkahi keluarganya. Orang yang pandai cari duit selalunya bijak merencana cara alternatif yang boleh menghasilkan wang.

Komen anda