Artikel Pilihan
You are here: Home / REMAJA / Hidup Perlu Diteruskan
Hidup Perlu Diteruskan

Hidup Perlu Diteruskan

Putus hubungan. Penceraian. Perpisahan. Segala ini akan membuatkan hati siapa pun hancur luluh. Raut wajah mungkin masih mampu menyimpul senyum, namun di balik hati, siapa yang keruan pabila terpaksa berpisah kasih dengan insan yang pernah bertakhta di jiwa?

Apa pun, peganglah pada prinsip hidup tetap perlu diteruskan. Untuk itulah kamu perlu mengetahui apa yang perlu dilakukan agar terus bertahan dan kekal kuat setelah mengalami episod perpisahan yang memeritkan. Dan inilah beberapa tip untuk kamu cuba praktikkan:

Manjakan diri
Ambil masa untuk tenangkan diri dan manjakan diri. Pergi melancong, hidup secara sihat dan makan yang enak-enak. Kalau bukan kita yang sayangkan diri sendiri, siapa lagi? Mungkin kamu patut pergi ke tempat yang selama ini kamu mahu pergi, tetapi tak berkesempatan bersama pasangan kamu dulu. Hadiahkan diri sendiri dengan barangan-barangan baru. Jaga penampilan untuk tingkatkan keyakinan diri. Atau cuba makan di restoran yang belum pernah dijengah bersama teman-teman yang sudah lama tak bersua muka.

‘Time out’ 15 minit
Sekuat mana pun hati kamu, kamu tetap akan terkenangkan si dia dan menjadi penuh emosi. Jangan halang perasaan ini. Hakikatnya kamu tetap telah ‘kehilangan’! Jadi biarkan dulu fikiran kamu berjalan buat sementara waktu. Setelah itu, berikan limit masa supaya kamu tak terus hanyut dalam kesedihan. Contohnya, mungkin 15 minit setiap hari. Berikan diri kamu masa 15 minit ini setiap hari di awal perpisahan, kemudian kurangkan kepada 10 minit, seterusnya 5 minit, hingga akhirnya bila kamu terkenang pada si dia, kamu tak lagi terasa ingin menangis. Masa itu nanti, tak perlu lagi ‘time out’!

Hapuskan kenangan lama
Ketika berpisah, ramai pasangan yang akan berkata, “Let’s be friends!” lalu kamu terpaksa berpura-pura kuat ketika melihat si dia atau terpaksa berbual dengannya di depan teman-teman yang lain. Tapi sakit itu tetap ada, jadi buat apa berpura-pura? Hapuskan semua kenangan yang akan membuatkan kamu teringat pada si dia. Padamkan mesej SMS, whatsapp, email, dan unfollow saja dia di Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Percayalah, ini akan membantu kamu untuk lebih cepat ‘move on’.

‘Reconnect’ dengan teman-teman lama
Di saat getir ini, kamu amat perlukan sokongan dari orang di sekeliling kamu. Jangan ambil keputusan untuk menyendiri. Sebenarnya masih ramai orang yang menyayangi kamu, jadi bersandarlah pada mereka sehingga kamu pulih dan kuat untuk berdiri dengan kaki sendiri semula. Ajak mereka jalan-jalan, berkenalan denan teman baru, tengok wayang dan sebagainya. Yang penting, jalani kehidupan baru dengan positif.

Senyum
Setiap awal pagi, selepas mandi dan ketika sedang bersiap-siap, renunglah ke dalam cermin dan hadiahkan diri kamu senyuman yang paling manis sekali. Tengok diri sendiri dan ingatkan diri kamu tentang perkara-perkara positif tentang diri sendiri. Jika kamu mempunyai mata yang galak atau gigi yang cantik, beritahu diri sendiri perkara itu!

‘Travel the world!’
‘Travel the world’ ini hanyalah istilah, tetapi ianya ibarat kembara tanpa batasan. Bila kamu mengembara seorang diri, mungkin terasa janggal pada mulanya, tapi bila dipandang dari sudut positif, kamu boleh lakukan apa sahaja yang kamu mahukan! Kamu sendiri yang akan letakkan syarat dan batasan tanpa gangguan dari orang lain dan tanpa perlu mengambil kira kemahuan si dia. ‘Refreshing’, bukan?

Cari ‘cinta’ yang baru.
Dengan masa lapang yang ada ini, cubalah beberapa aktiviti baru. Misalnya main layang-layang, boling, mendaki bukit, membela si meow atau apa sahaja yang kamu inginkan! Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti ini dan jadikan ianya hobi dan ‘cinta’ baru supaya kamu tak punya masa untuk berfikir tentang si dia lagi. Siapa tahu, kamu mungkin ada bakat terpendam.

Naikkan semangat dengan bersenam
Selain dapat menjaga kesihatan, bersenam juga dapat mengembalikan semula mood kamu. Cubalah berjoging selama 30 minit setiap pagi, pasti kamu akan rasa lebih bersemangat untuk memulakan harimu!

Jangan terlalu fokus pada benda yang dah lepas kerana Tuhan masih merancang sesuatu untuk kita esok. Let go, move on, love again.

(24520)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com