Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / Jodoh; Perlu Usaha dan Tawakal
Jodoh; Perlu Usaha dan Tawakal

Jodoh; Perlu Usaha dan Tawakal

Dalam Islam, terdapat empat perkara yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali ialah:
a. Rezeki – Selain rezeki harta, makan minum, tempat tinggal, pangkat dan sebagainya, jodoh termasuk dalam salah satu rezeki.
b. Ketentuan amalan ibadah.
c. Hidup dan mati.
d. Penentuan baik atau buruk.

Cara Terbaik: Usaha dan Tawakal

Kita tidak boleh menganggap jodoh itu akan datang pada bila-bila masa dan kita tak patut hanya menunggu saja. Sebaiknya, carilah jodoh dengan usaha dan tawakal.

Untuk lelaki, kalau anda dah matang dan mampu, carilah pasangan untuk ke arah rumahtangga. Begitu juga untuk perempuan, sebab tak ada salahnya perempuan yang memulakan langkah untuk mencari bakal suami.

Jangan terus mengalah dengan alasan, “jodoh itu di tangan Tuhan”. Kadang-kadang bila jodoh lambat sampai, ianya mungkin disebabkan kesalahan-kesalahan kita sendiri dan bukannya dari Allah.

a. Terlalu memilih – Ramai yang menganggap berkahwin di usia awal boleh menjejaskan karier terutamanya bagi mereka yang berkerjaya. Ada juga yang meletakkan keriteria yang tinggi contohnya dari segi fizikal atau material. Dalam Islam, memilih pasangan biarlah berasaskan agama dan seeloknya dalam usia yang matang.

b. Tekanan dalam pekerjaan – Kebanyakan masyarakat hari ini menganggap mereka belum mampu untuk berkahwin. Dalam konteks Islam, syarat untuk berkahwin ialah berkemampuan dari segi fizikal, pemikiran dan kewangan untuk menyara keluarga.

c. Campurtangan keluarga – Ibu bapa turut campurtangan dalam urusan pilihan pasangan untuk anak-anak. Hak untuk berumahtangga sepatutnya ditentukan oleh anak-anak, dengan syarat pasangannya adalah seorang yang baik.

d. Sikap dan budaya hidup – Kebanyakan anak muda ada alasan sendiri untuk tak berkahwin. Bila dah rasa hidup berdikari, mereka rasa macam tak perlu untuk ikat diri sendiri dengan orang lain.

Walau apa pun yang terjadi, jangan sesekali kita menyelahkan takdir bila bila tak berjaya mendapat pasangan yang baik. Ambil masa untuk muhasabah dan semak semula di mana kesilapan kita. Jadikan ianya pengajaran untuk panduan di masa depan.

Mencari Jodoh

Dalam mencari jodoh, kita sepatutnya banyak berdoa dan munajat kepada Allah sambil memantapkan akhlak mulia. Jangan lupa minta pertolongan dari orang tua yang lebih berpengalaman, terutama ibu bapa kita.

Jangan terlalu tergesa-gesa dalam mencari pasangan hidup dan ingatlah bahawa matlamat mencari pasangan untuk adalah agama dan bukannya keinginan semata-mata.

Ada pasangan yang dah ikut garis panduan Islam untuk berkahwin tapi tak lama kemudian, mereka bercerai. Dalam kes ni, tak bermaksud tak ada jodoh tapi Cuma jodoh tak panjang. Tapi bila pasangan itu berkahwin untuk mencapai redha Allah, bila mereka tak lagi bersama pun, matlamat itu tetap sama cuma mungkin matlamat itu akan dicapai dengan pasangan lain nanti.

Teruskan Usaha

Soal jodoh dan perkahwinan memang penting untuk dibincangkan dalam masyarakat, tapi jangan kita letakkan ia pada nafsu dan kemahuan diri semata-mata.

Yang penting, jangan cepat putus asa. Banyakkan berdoa. Beritahu pada Allah apa kemahuan diri kita. Semoga kita semua dikurniakan pasangan yang sesuai dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan akhirat.

(83170)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Naquiah Noor

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com