Perkahwinan ialah perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan. Apabila akad nikah dilafazkan, maka mereka mulai membina kehidupan sendiri sebagai sebuah keluarga. Susah senang mereka perlu hadapi bersama.

Justeru bakal suami isteri kena fikir sesuatu yang realistik untuk ditempuhi selepas berkahwin. Ini bukan perkara main-main. Sebaliknya ianya sangat penting dan jangan diambil mudah. Jangan fikir perkahwinan itu hanya seronok sahaja. Ini kerana banyak lagi perkara yang perlu difokuskan.

Suami ialah ketua dalam keluarga. Jadi bakal isteri kena tanya beberapa soalan kepada bakal suami untuk memastikan si lelaki itu tadi sedar atau tidak akan tanggungjawabnya.

Nah, ini soalannya.

1. Dah kahwin nanti kita nak duduk mana?
Ini perkara penting untuk difikirkan. Di mana anda akan membina sebuah keluarga? Di mana anda nak tinggal? Jika sudah ada rumah, alhamdulillah. Jika belum ada rumah, maka anda kena sewa rumah. Mampu tak? Siapa yang akan bayar sewa rumah? Kalau tak mampu, takkan nak sewa bilik. Oh, itu sangat tak sesuai. Nak duduk rumah mak ayah ke? Fikirkan secara serius.

2. Siapa akan jaga anak?
Apabila berkahwin, maka kemungkinan mengandung itu pastinya ada kecuali jika bermasalah. Jadi apabila anda anak nanti, siapa yang akan mengasuh anak jika suami isteri bekerja. Adakah isteri perlu berhenti kerja? Jika dihantar kepada pengasuh, siapa yang akan membayar upahnya? Kena ada perancangan.

3. Bagaimana dengan komitmen membeli perbelanjaan dapur?
Bab beli barang dapur memang perlu diberikan penekanan. Perbelanjaan dapur termasuklah makanan dan segala bil. Hal ini menuntut komitmen yang sangat tinggi. Jadi suami isteri perlu ada kata sepakat. Misalnya meletakkan bajet untuk sebulan dan bajet itu ditanggung sepenuhnya oleh suami ataupun dibahagi sama rata dengan isteri.

4. Apa tanggungjawab suami dan apa pula tanggungjawab isteri?              Keindahan masa bercinta boleh hilang sekelip mata jika bab tanggungjawab ini tidak diselesaikan awal-awal. Masa bercinta anda tidak kenal 100 peratus pun orang yang anda sayang itu. Selepas kahwin barulah anda nampak siapa dia sebenarnya. Anda berdua sudah saling kenal dan tahu rutin harian si dia. Jadi senarai siap-siap tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, misalnya suami kena fikir soal penyelenggaraan kereta dan rumah. Isteri pula fokus pada kerja-kerja rumah.

5. Siapa pembuat keputusan dalam isu-isu tertentu?
Suami dan isteri masing-masing ada kepakaran tersendiri. Suami ketua keluarga namun adakah isteri tidak boleh bersuara? Jadi bahagikan siap-siap apa isu yang suami perlu buat keputusan dan apa isu yang isteri boleh buat keputusan. Senang, kan?

6. Bagaimana cara terbaik untuk didik anak-anak kita nanti?                                Hal ini selalunya membabitkan pasangan suami isteri yang berasal dari latar belakang keluarga berbeza. Misalnya suami dididik secara moden dan fasih berbahasa Inggeris manakala isteri pula tidak begitu. Atau mungkin juga anda berkahwin campur antara orang Melayu dan orang Cina. Budaya berbeza dan anda perlu berbincang soal cara membesarkan anak serta corak pendidikan untuk si kecil itu nanti.

7. Ada apa-apa isu kesihatan yang patut diketahui?                                              Bab kesihatan ini selalu diambil mudah. Ada orang yang muda-muda sudah ada diabetes. Sudah ada darah tinggi. Jadi sanggupkah anda berdepan dengan masalah sedemikian kerana penyakit ini mempengaruhi kebolehupayaan seseorang untuk hamil. Jika ada lain-lain penyakit pun kena maklumkan supaya si dia boleh berjaga-jaga dan set minda dengan betul mengenai tahap kesihatan pasangannya. Bab merokok bakal suami juga perlu anda ambil berat. Bincangkan di mana ruang merokok dan ruang tidak dibenarkan merokok di rumah anda nanti.

Komen anda