Pada hari ini, majlis kahwin dilangsungkan tidak kira waktu sama ada cuti sekolah ataupun bukan. Asalkan ada cuti, pasti ada sahaja majlis kahwin. Pelbagai tema dan konsep memeriahkan suasana majlis perkahwinan.

Dalam pada kita sibuk memilih tema, konsep dan pelbagai lagi jenis pelamin atau hiasan, usahlah dilupakan mengenai keberkatan untuk majlis itu sendiri. Janganlah kita menyelitkan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

Majlis perkahwinan perlulah lebih berbentuk islamik; sesuai dengan agama kita. Jangan terikut-ikut dengan adat atau budaya yang membawa kepada amalan terpesong daripada Islam.

Adat Melayu itu sendiri ada kalanya mempunyai pengaruh daripada luar. Justeru pilihlah yang terbaik. Jika ianya tidak lagi sesuai dilakukan, eloklah ditinggalkan. Sama-sama membawa rumahtangga itu ke arah yang diredai ALLAH.

6 ciri kenduri kahwin yang diberkati ALLAH:

1) Tidak bercampur antara tetamu lelaki dan wanita.
2) Kenduri tidak bermewah-mewah sehingga boleh dikategorikan sebagai membazir.
3) Jangan membezakan antara orang kaya dan orang miskin.
4) Sediakan ruang untuk solat supaya tetamu tidak meninggalkan solat hanya kerana hendak hadir ke majlis tersebut.
5) Jangan diwujudkan muzik atau tari menari yang melalaikan walaupun konon berniat untuk meraikan pengantin. Niat tidak menghalalkan cara.
6) Berikan pengantin ucapan berupa doa semoga bahagia dan berkekalan dengan rahmat ALLAH bukannya dengan upacara merenjis atau salam restu.

Komen anda