Tidak kiralah suami isteri, pasangan bertunang atau kekasih, pasti ada ketikanya anda berselisih faham. Ada sahaja pendapat yang tidak sekata sehingga akhirnya merajuk, bermasam muka atau bergaduh. Lantas hal itu akan membuatkan hubungan menjadi hambar.

Bercinta Selepas Nikah ingin memberikan panduan buat anda yang sudah ada ikatan SUAMI ISTERI untuk tawan semula hati si dia jika si dia merajuk. Hal ini supaya hubungan anda dan si dia menjadi kembali ceria dan saling berkasih sayang.

Jangan biarkan perasaan sakit hati terhadap pasangan menguasai diri anda. Di sini, ada beberapa tip berkesan untuk memeriahkan kembali perhubungan itu.

1.TAMPIL MENAWAN UNTUK SI DIA
Suami atau isteri perlu saling bijak menarik perhatian. Janganlah hanya isteri yang selalu tampil menawan ketika di rumah. Sebaliknya suami hanya berkain pelikat tanpa berbaju. Jika isteri kena tampil menawan untuk suami, suami pun kenalah juga tampil sedap mata memandang di hadapan isteri. Jika saling tampil menawan, maka hati si dia pun akan tertawan kembali. Segala kemarahan menjadi reda. Hidup kembali ceria.

2.BIJAK AMBIL HATI
Hidup kalau serius memanjang boleh jadi stres. Sebab itulah kena ada elemen lucu atau usik-mengusik. Ini kerana sesuatu yang lucu atau usikan daripada yang tersayang boleh membuatkan hati menjadi lebih terbuka. hati yang sedang marah boleh jadi lebih lembut dan tertawa dek usikan si dia.

3.KENA JUJUR
Walau dalam keadaan tegang sekali pun, kalau nak tackle semula hati si dia, kenalah kekal jujur. Jangan berbohong semata-mata mahu si dia kembali OK. Ini kerana kalau anda diketahui berbohong, maka si dia akan semakin menjauh. Bukannya menambah baik, malah makin gaduh jadinya. Demi menjaga sebuah perhubungan tanpa sebarang pembohongan, anda perlu bersikap jujur. Saling meluahkan secara hati ke hati, jangan berselindung. Semuanya untuk menjernihkan kembali perhubungan yang agak hambar.

4.JANGAN MENGADA-NGADA
Ada sesetengah individu yang mengada-ngada, Semakin dipujuk, semakin kuat pula rajuknya. Justeru kalau hendak tackle semula hati si dia, elaklah sikap mengada-ngada ini. Lebih baik anda fokus pada sikap secara profesional dan jernihkan hubungan ke apada sedia kala.

5. JANGAN RASA DIRI SENTIASA BETUL
Suami atau isteri jangan asyik rasa diri sendiri itu sentiasa betul. Lelaki jangan rasa anda ketua keluarga, jadi kebenaran terletak di tangan anda. Kalau perlu, rendahkan ego supaya isteri lebih selesa kala bersama anda.

Komen anda