Dalam hubungan suami isteri, pasti ada ketika perasaan pasangan terluka disebabkan perbuatan kita. Hal ini memang tidak dapat dinafikan kerana emosi manusia ada pasangan surutnya.

Justeru jika pasangan hilang senyumannya kerana terluka dengan perbuatan kita, apa kita nak buat untuk kembalikan senyuman itu?

Bercinta Selepas Nikah memberikan 5 cara mudah untuk anda:

1) PUJUK
Memujuk pasangan perlu ada skil. Janganlah pujuk dengan cara memaksa untuk dia memaafkan kita. Pujuk dengan baik supaya dia betul-betul maafkan kita dan menjernihkan suasana.

2) AYAT MANIS
Gunakan ayat memujuk yang manis kedengaran di telinga. Carilah ayat-ayat power supaya dia rasa seronok lantas senyuman kembali di bibirnya.

3) MINTA MAAF
Jangan lupa minta maaf supaya dia dapat memaafkan kita kembali. Minta maaf kenalah ikhlas. Jangan minta maaf sekadar di bibir sahaja sedangkan dalam hati anda tidak terlintas pun perkara itu kerana masih ada rasa tidak bersalah.

4) JANJI TAK BUAT LAGI
Janji perlu ditepati. Jangan janji tinggal janji. Tidak guna jika sekali anda buat salah, minta maaf kemudian buat lagi. Cukup-cukuplah lukakan hati orang.

5) CUBA JADI PASANGAN TERBAIK
Dalam diri perlu ada cita-cita untuk menjadi manusia terbaik kepada pasangan. Jangan lukakan hatinya. Setiap apa yang kita cuba buat, perlulah dengan niat ingin menggembirakan hati pasangan.

Komen anda