Wanita mempunyai sikap lebih terbuka. Ini kerana wanita lebih suka bercerita dan menyatakan apa yang dia rasa. Hal ini berbeza dengan lelaki. Biasanya lelaki lebih suka pendam dan tak nak cerita apa yang dia rasa.

Apabila anda sudah berkahwin, anda mungkin merasakan yang suami akan cerita apa-apa sahaja pada anda. Anda silap sebenarnya. Ada benda yang suami lebih suka simpan. Jadi sebagai isteri, anda kena faham.

Ada 4 perkara yang selalunya suami tak beritahu pada isteri ialah:

1.SUAMI TAK TAHU LUAHKAN PERASAAN KECEWA ATAU MASALAH

Perkara yang satu ini memang sinonim dengan sikap lelaki. Mereka tak tahu cara meluahkan isi hati mahu pun berkongsi masalah. Jadi untuk ungkap perasaan kecewa, sedih apatah lagi jika berkaitan sikap isteri adalah sangat sukar. Menariknya isteri selalu dapat mengesan isi hati pasangannya melalui air muka suami.

2. SUAMI SANGAT BERGANTUNG PADA ISTERI

Sebagai suami merangkap ketua keluarga sudah tentu dia mahu dilihat sebagai seorang yang kuat. Dia ingin kelihatan mampu menyara dan melindungi anak isteri. Tapi hakikatnya ketika ini dalam banyak aspek, suami sangat bergantung pada isteri. Ini termasuklah dalam urusan keluarga sehinggalah kewangan. Perkara ini tak mungkin diungkap suami kerana tak mahu dilihat lemah.

3. SUAMI PERLUKAN BELAIAN

Ada masa seorang suami hanya mahu bermesra dengan isteri. Dia mahu dipeluk, tangan dipegang, tidur di pangkuan isteri ataupun kepala diusap. Belaian ini tak semestinya berakhir dengan hubungan intim. Dia mahu merasai kedekatan emosi dengan wanita yang dicintai. Dia tidak mahu menyatakan hal tersebut namun dia amat inginkannya.

4. SUAMI MAHUKAN PUJIAN

Seperti isteri mahu dipuji, suami juga menginginkan perkara yang sama. Hal ini untuk memberi keyakinan tentang penampilan dirinya. Oleh itu sekali-sekala berikan pujian buat suami. Kata-kata seperti “Warna baju yang abang pakai hari ini sesuai sangat dengan abang” ada masa sudah membantu memberi keyakinan pada dirinya.

Komen anda